Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbdul Latif Romly & Ziyad Antara 37 Atlet Menerima Jam Tangan Pintar...

    Abdul Latif Romly & Ziyad Antara 37 Atlet Menerima Jam Tangan Pintar HUAWEI WATCH GT 4

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Huawei, sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, dengan bangganya meneruskan sokongan padunya untuk Sukan Para Asia 2022. Huawei telah menghadiahkan 37 pemenang pingat dengan  HUAWEI WATCH GT 4. Ini bukti dedikasi dan kerja keras luar biasa para atlet  dalam mengejar impian mereka.

    Sebagai menghormati pencapaian luar biasa mereka, hari ini (30 Oktober) Huawei menganjurkan majlis anugerah khas di Majlis Sukan Negara Malaysia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Cik Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan Malaysia, dan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rashid Yaakob, Pemangku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

    Atlet seperti Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting Lelaki ), Datuk Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki ), Noor Imanina Idris ( Lontar Peluru Wanita), dan Ahmad Fizzi Rosni (400M Lelaki ) adalah antara atlet yang menerima jam tangan berprestij HUAWEI WATCH GT. 4. Atlet-atlet ini telah mempamerkan dedikasi yang tiada tandingan dan pencapaian yang luar biasa, dan Huawei amat berbangga dalam menyokong mereka dalam perjalanan berterusan mereka ke arah kecemerlangan.

    Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi pemenang pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou

    Semasa majlis itu, Yang Berhormat Cik Hannah Yeoh merakamkan penghargaan yang mendalam atas kerjasama Huawei dan komitmen mereka untuk mengiktiraf atlet yang berjaya mengatasi cabaran mereka untuk bersaing di Sukan Para Asia. Beliau menekankan usaha kerjasama antara Huawei dan Majlis Sukan Negara Malaysia, menunjukkan potensi untuk sokongan yang lebih kekal dan konkrit pada masa hadapan.

    HUAWEI WATCH GT 4, tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm, mewakili ketukangan yang teliti dalam setiap perincian.  Dicipta untuk keselesaan optimum, siri HUAWEI WATCH GT 4 dibina dengan bahan premium dan luaran metalik yang bergaya.

    Sebagai tambahan kepada sokongannya untuk Sukan Para Asia, Huawei mempelawa rakyat Malaysia untuk menyertai atlet dalamLight Up Your Rings Challenge.” Dengan memuat turun Aplikasi Kesihatan HUAWEI, menetapkan matlamat kecergasan dan mencapainya, peserta boleh menerima E-Pingat eksklusif Huawei.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts