Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAcap S Akan Pastikan Impian Jadi Pelawak Tercapai – ‘Belum Ada Rezeki,...

    Acap S Akan Pastikan Impian Jadi Pelawak Tercapai – ‘Belum Ada Rezeki, Sekarang Guna Platform TikTok Buat Live Hiburkan Orang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Acap19Acap19

    Pemenang TikTok Live Creator Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, Acap19 mendedahkan dia pernah memasang impian untuk menjadi pelawak.

    Nak jadi pelawak

    Acap19Acap19

    Acap atau nama sebenarnya Asraf Jaafar bagaimanapun menganggap belum rezekinya untuk bergelar pelawak, namun berharap impiannya itu akan menjadi kenyataan pada masa akan datang.

    Tipu kalau tidak penat buat ‘live’, namun asalnya saya ingin menjadi pelawak tetapi tiada rezeki. Jadi saya gunakan platform TikTok untuk buat ‘live’ dan berlawak dengan orang ramai, tidak sangka ramai yang tonton.

    Lama-kelamaan buat ‘live’ boleh menjana pendapatan, alhamdulillah bersyukur dan sebenarnya seronok juga. Meskipun kini ‘content creator’ kerja sepenuh masa saya, hasrat untuk menjadi pelawak itu masih ada dan insya-Allah akan teruskan.

    Dalam pada itu, berkongsi mengenai kemenangannya, Asraf akui bersyukur apabila berjaya membawa pulang trofi TikTok Live Creator Of The Year.

    Saya tiada sebarang stratergi, tetapi setiap kali buat ‘live’ saya akan minta tolong ‘viewers’ dan pengikut untuk undi. Lagi-lagi ketika ‘view’ tengah ramai, waktu itu saya akan minta jasa mereka untuk undi.

    Sebagai seorang ‘live creator’ perlu memastikan idea tidak kering, sebab setiap masa perlu hiburkan orang yang masuk ‘live’ saya. Mahu pastikan mereka berada lama dalam ‘live’ tersebut.

    Sementara itu, Asraf atau mesra disapa Acap S dalam kalangan pengikutnya turut mendedahkan dia hanya akan melakukan sesi siaran langsung di rumah ibunya yang terletak di Gerik, Perak.

    Saya hanya akan buat ‘live’ apabila berada di rumah mak saya di Gerik, Perak. Saya tidak akan buat ‘live’ di tempat lain. Kalau perasan, ‘live’ saya mesti latar belakangnya sama dan itu adalah di rumah mak saya.

    Sebab kalau saya buat ‘live’ di situ sahaja ‘views’ akan tinggi, pernah buat dekat tempat lain macam tak menjadi sangat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kim Woo Bin Kongsi Kisah ‘Lawan’ Kanser Tujuh Tahun Lalu – ‘Macam Dalam Drama, Doktor Ramal Hidup 6 Bulan Saja’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts