Tular di media sosial, baru-baru ini seorang peminat RED VELVET mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang kakitangan di sebuah acara fansign untuk Irene.
Acara fansign tersebut berlaku pada 7 Disember 2024, di mana mangsa mendakwa dia telah disentuh di bahagian dada serta dilayan secara kasar. Rakan kepada mangsa telah menyiarkan tangkapan skrin (screenshots) perbualannya dengan mangsa di platform X.
View this post on Instagram
“Saya hanya mengutuk tanpa menjelaskan keadaan… Rakan Twitter (atau X) saya pergi ke fansign Ktown4U untuk Irene pada 7 Disember dan telah diganggu secara seksual. Saya hanya seorang peminat yang sukakan RED VELVET, dan saya banyak kali dilayan seperti kurang daripada manusia semasa menghadiri fansign, tetapi ini terlalu menakutkan”, tulis rakan mangsa.
Dalam tangkapan skrin perbualan tersebut, mangsa memberitahu staf di acara fansign itu telah memintanya untuk menggulung tangan baju, menyentuh bahagian dadanya dan melompat untuk melihat sama ada dia membawa peranti perakam atau tidak.
“Saya tak tahu apa yang mereka fikirkan, tetapi mereka suruh saya menyingsing lengan baju saya semula sehingga ke siku dan meminta untuk gulungkannya lagi. Jadi bila saya tanya, “Adakah ini okey?” mereka suruh saya melompat ke atas dan bawah untuk lihat sama ada saya bawa peranti rakaman. Kemudian mereka tanya sama ada boleh sentuh sternum (bahagian atas dada), tetapi sebenarnya mereka menyentuh tepat di atas coli saya. Mereka memukul dengan belakang tangan dengan kuat.”, kongsi mangsa.
View this post on Instagram
Walaupun prosedur yang dilakukan adalah langkah biasa untuk memeriksa peminat sama ada membawa peranti rakaman, tetapi perbuatan seperti melakukan gangguan seksual adalah tidak dibenarkan.
Sehingga sekarang, syarikat SM Entertainment belum lagi memberi jawapan mengenai dakwaan ini.