Hati kecil sesiapa sahaja yang menonton Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) malam tadi pasti akan terusik apabila mendengar kenyataan jujur dari mulut pelakon veteran A Galak.
Anugerah pertama Selepas 60 Tahun
Dalam ucapan penuh emosi, A Galak menyatakan bahawa Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) adalah anugerah pertama yang diterimanya selepas 60 tahun bergelar anak wayang.
Ini anugerah pertama selepas 60 tahun sejak mula berlakon di Studio Jalan Ampas.
Semua sedia maklum bahawa perjalanan seni A Galak yang penuh liku dan cabaran bukanlah sesuatu yang mudah.
Semasa Era Kegemilangan P Ramlee
Nama sebenar A Galak, Zakaria Ahmad, memulakan kerjaya seninya semasa era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang mana beliau berpeluang bekerja dengan ramai pelakon di Shaw Brothers.
Saya mula bekerja ketika berusia 19 tahun hingga studio itu ditutup pada tahun 1967.
Kemudian, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan berlakon di sini.
Di samping terkenal dengan puluhan filem seperti Azura, Darah Satria, dan Bayangan Maut, A Galak juga dikenali rapat dengan karya-karya terbitan Skop Productions Sdn Bhd, yang diasaskan oleh Datuk Yusof Haslam.
Achey Bangga Kejayaan A Galak
Beliau turut berkongsi bahawa sepanjang 40 tahun bersama Skop Productions, beliau telah berlakon dalam lebih 1,000 episod drama, terutamanya dalam genre kepolisan.
Dia juga turut mrngucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi peluang kepadanya sepanjang kerjaya sebagai anak seni.
Kejayaan dan penganugerahan tersebut juga turut dipuji rakan-rakan selbriti dan salah seorang daripadanya adalah Achey.
Anugerah yang indah malam ini buat insan hebat ini
Dalam hantaran di akaun Instagram miliknya, Achey menyatakan bahawa anugerah tersebut merupakan anugerah yang telah dianugerahkan kepada insan yang hebat.