Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat September...

    ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat September Ini, Pembeli Tiket Awal Dapat Harga Istimewa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berita baik buat peminat dua penyanyi Indonesia iaitu Afgan dan Lyodra apabila pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ ini bakal menghiburkan anda dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’.

    Temui peminat 28 September ini!

    Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, Afgan dan Lyodra bakal menemui para peminat industri muzik galau tanah air pada 28 September ini. Wah beberapa bulan sahaja lagi itu!

    Selain Kharisma Music sebagai sebuah syarikat penganjur konsert terkemuka negara, konsert ini turut dianjurkan oleh jenama kosmetik terkenal tanah air iaitu Alha Alfa dengan penganjur bersama iaitu Intan Gelombang serta Futurace.

    Walau bagaimanapun, segala info mengenai konsert tersebut masih lagi menjadi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

    Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 jam 12 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

    Apa yang menarik, para pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024 bakal ditawarkan dengan harga istimewa ‘early bird’ seperti kategori-kategori berikut: 

    • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
    • Escape (RM338, harga biasa RM438)
    • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
    • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
    • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
    • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

    Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

    Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

    ALSO READ:  Video: Norreen Iman Mengaku Masih Sama, Tetapi Kurangkan Carutan dan Berazam Untuk Berubah

    Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket ke konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ dengan segera!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts