Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 15, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ada Bukti Ke?” – Che Ta Selar Komen Netizen Yang Menyatakan Dia...

    “Ada Bukti Ke?” – Che Ta Selar Komen Netizen Yang Menyatakan Dia Berhutang Dengan Kontraktor!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) mamaklumkan bahawa mereka dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

    Gagal Melunaskan Hutang Mara

    Langkah itu adalah prosedur susulan yang dilakukan terhadap selebriti itu selepas dia gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh tujuh tahun walaupun pelbagai usaha diambil MARA bagi mendapatkan semula wang berkenaan sehingga membawa kes itu ke mahkamah.

    Dikatakan, pinjaman MARA berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.

    Dalam pada itu, muncul satu hantaran di Instagram yang dimuat naik seorang kontraktor dalam bidang pemasangan rumput palsu.

    Kontraktor Luah Perasaan

    via Instagram Che Ta

    Dalam hantaran itu, kontraktor terbabit berkongsi luahan mengenai sikap pelakon itu yang enggan membayar kerja-kerja mereka sebanyak RM7,000 dan tidak dapat dihubungi.

    Di Instagram pula, Che Ta didapati masih ligat berniaga pakaian dan rata-rata tindakannya itu mendapat sokongan bagi mengumpul wang untuk membayar hutang kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara).

    Malah ada juga sesetengah yang mengecam tindakan Che Ta yang seperti tidak ada apa-apa berlaku pada dirinya.

    Kesian kepada kontraktor-kontraktor yang awak tak bayar kerja mereka itu, makcik. Tak takut azab neraka ke?” soal netizen itu.

    Che Ta Selar Komen Netizen

    Membidas komen netizen di Instagram yang bertanya mengenai hutangnya dengan seorang kontraktor, Che Ta bertanya sama ada individu itu mempunyai bukti mengenai hutangnya kepada kontraktor itu.

    Kontraktor mana yang saya berhutang itu? Ada bukti ke?

    Che Ta membidas komen tersebut dengan menanyakan bukti mengenai perkara tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tabiat Siti Nurhaliza Yang Ramai Tak Tahu!-“Saya Suka Duduk Lama Dekat Farmasi Dan…”

    Atas kejadian itu, dilihat hantaran berkaitan kontraktor tersebut sudah dipadam oleh individu berkenaan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts