Pempengaruh media sosial yang juga bekas isteri kepada aktor, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa berang terhadap individu terlibat yang dikatakan mengganggu hidupnya yang kini sudah menetap di Australia sejak September lalu.
Menurut Shuhada menerusi hantaran di Insta Stories mendedahkan bahawa individu tersebut sanggup menghubungi rakan-rakannya di Australia hanya untuk memburuk-burukkan ibu kepada dua cahaya mata ini.
“Menjawab persoalan kenapa hari ni up stories macam ni. Untuk pengetahuan semua, ada manusia ada masalah mental gigih sampai DM kawan-kawan saya di Australia dekat Australia dan buruk-burukkan saya.
Weh kau siapa? Kawan-kawan saya sini semua kenal saya, hidup dengan saya, kau lagi sibuk nak acah tahu semua benda. saya hanya nak tahu kenapa? Kenapa awak cemburu sangat dengan saya ni?
“Lahh Kau Sakit Hati Kenapa?..”
Tidak mendedahkan siapkah individu yang dimaksudkan, Shuhada turut meminta individu berkenaan untuk banyakkan beristighfar agar diberikan keizinan Allah SWT untuk merasa kebahagiaan dan ketenangan.
“Yang tak boleh brain tu dia cakap, ‘sakit hati dengan dia ni’. Lahh kau sakit hati kenapa? Sakit hati baca pasal dia sebab kau jealous, kau tak dapat apa dia dapat, hati kau busuk berulat, dan kau siapa dowh?
Tips untuk hati yang tenang adalah sentiasa mengingati Allah, hati kau asyik ingat siapa weyh? Cinta pertama ke? Istighfar banyak-banyak, semoga Allah izinkan kau pun rasa gembira dan tenang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi baru Allah bagi lebih lagi InsyaAllah.”-tulis Shuhada lagi
Apa komen anda?