Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentAda Potensi Pembunuh Akhirnya Bakal Ditangkap, PDRM Maklum Siasatan Kes Zayn Rayyan...

    Ada Potensi Pembunuh Akhirnya Bakal Ditangkap, PDRM Maklum Siasatan Kes Zayn Rayyan Sudah Melepasi 90 peratus!

    -

    Shopee CNY Sale

    Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.

    Memetik sepenuhnya laporan Berita Harian, ketika ini, siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif.

    “Tumpuan kita (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat yang baru.

    “Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

    Razarudin berkata, cabaran dihadapi dalam siasatan kes Zayn Rayyan adalah polis tidak mempunyai motif sebagai petunjuk utama yang penting dalam siasatan terhadap mana-mana kes jenayah.

    Terdahulu, hasil siasatan forensik dan patalogi Hospital Sungai Buloh, pihak polis mengesahkan Zayn mati akibat kesan kecederaan pada leher dan badan kerana mempertahankan diri.

    Setakat ini seramai 225 individu sudah dirakam percakapan selain 248 sampel DNA milik penduduk dan orang terdekat diambil bagi tujuan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts