Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAda Segelintir Wanita Memang Kebulur Rampas Hak Orang, Che Ta Setuju Jika...

    Ada Segelintir Wanita Memang Kebulur Rampas Hak Orang, Che Ta Setuju Jika Mahu Boikot Penyondol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu penyondol khususnya yang melibatkan pasangan selebriti, telah menjadi tular dan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

    Salah seorang selebriti yang memberikan pandangan tegas mengenai perkara ini adalah pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

    Menurut Che Ta, wujud segelintir wanita yang begitu berkebulur untuk memiliki hak orang lain. Baginya, fenomena ini seolah menjadi lumrah dalam masyarakat di mana golongan wanita suka melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka.

    “Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas, selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap,” ujarnya.

    Che Ta menegaskan bahawa orang yang paling dekat dengan kita adalah individu yang mungkin merampas hak kita.

    Bagi Che Ta , dia memilih untuk berhati-hati dan tidak mempunyai kawan perempuan. Katanya, kesalahan tidak semestinya terletak pada salah satu pihak, tetapi kedua-duanya perlu disalahkan.

    Bagaimanapun, Che Ta menjelaskan kepercayaan adalah kunci dalam perkahwinan, dan dia percaya kepada Zain.

    Jelasnya, tidak ada masa untuk menyiasat telefon bimbit suaminya, tetapi dia memastikan bahawa Zain tahu batasannya.

    “Paling utama, sebagai pelakon, perlu ada batasan antara heroin dan hero apatah lagi yang sudah berumah tangga supaya terbit rasa hormat, selain mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya.

    Isu ini mencetuskan perbincangan luas dalam masyarakat selepas insiden yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, yang kemudiannya membawa kepada tuntutan cerai Bella Astillah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts