Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ada Yang Terluka Tetapi Bukan Terkena Pisau”- Peminat Setuju Bella Astillah Dan...

    “Ada Yang Terluka Tetapi Bukan Terkena Pisau”- Peminat Setuju Bella Astillah Dan Muaz Zabir Berjodohan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Semoga berjodohan Muaz Zabir dengan Bella Astillah. Suka sangat tengok mereka berdua.”

    Demikianlah antara komen positif netizen yang mencuri perhatian apabila pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir bertentang mata dan bergandingan buat pertama kali selepas kontroversi yang melibatkan mereka pada April lalu.

    Pertemuan tersebut berlangsung sempena acara Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran MITC Melaka, di mana Bella dan Muaz dipertemukan bagi mempromosikan drama bersiri Leha Leya Lawa.

    Acara ini menjadi tumpuan ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat interaksi kedua-dua bintang ini.

    Sepanjang acara, Bella dan Muaz tampil tenang dan profesional, melayan peminat bertuah yang hadir dengan mesra.

    Mereka berdua juga dilihat menari bersama dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram Tontonmy, menambahkan lagi kemeriahan suasana.

    Netizen yang mengikuti perkembangan mereka di media sosial menyambut baik gandingan tersebut, dengan ramai yang mendoakan kebahagiaan buat Bella dan Muaz.

    “Comel tengok mereka berdua. Semoga berjodohan, doa yang baik-baik,” kata seorang peminat. Sementara itu, seorang lagi pengikut menambah, “Muaz lebih kacak, ada lesen kereta sendiri. Memang sepadan dengan Bella yang cantik.”

    Sejak beberapa bulan lalu, hubungan antara Bella dan Muaz menjadi tular di platform TikTok, apabila perbualan dan gambar mesra mereka tersebar dan meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

    Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu bekas suaminya, Aliff Aziz, yang ketika itu berlaku curang dengan wanita lain.

    Kontroversi tersebut tidak memudarkan semangat kedua-dua pelakon ini, malah mereka kini tampil lebih akrab dan disenangi oleh para peminat.

    ALSO READ:  Gantikan Trend Bawa Kek Birthday Ke Kubur Anak Dengan Doa & Sedekah – Dr Zulkifli

    Rata-rata peminat mendoakan agar hubungan antara Bella dan Muaz berterusan dan diberkati.

    “Ada yang terluka tetapi bukan terkena pisau. Semoga Bella berbahagia bersama Muaz,” tutur seorang lagi peminat.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts