Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdakah Caprice Mendedahkan Nama Sebenar 'Mawla Amin' di Passport Perancis Sebelum Berpindah...

    Adakah Caprice Mendedahkan Nama Sebenar ‘Mawla Amin’ di Passport Perancis Sebelum Berpindah ke Morocco?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, tular satu dakwaan mengatakan seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani telah memperdaya masyarakat Malaysia dengan menyebarkan berita mengatakan dirinya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

    Akhirnya terbongkar

    Terbaru, selebriti dan aktivis media sosial, Caprice mendedahkan identiti sebenar individu tersebut.

    Akhirnya terbongkar nama asal “Mawla Amin” dekat Passport France dia sebelum dia pindah ke Morocco. Tolong tag/ forward kepada mak cik dan pak cik kopek udang.

    Di samping itu, Kementerian Luar Negeri Maghribi mengesahkan Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji bukan warganegara Maghribi.

    Portal Hespress melaporkan, lelaki itu juga tidak mempunyai kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.

    Mohamed Amin Ouradji dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984 dan berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.

    Menurut portal berkenaan, penganut mazhab merujuknya dengan gelaran kehormat ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.

    Terdahulu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut tampil memberikan komennya berhubung perkara tersebut.

    Wan Salim menitipkan pesan agar umat Islam di Malaysia tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu daripada nasab Rasullullah SAW dan sewajarnya melakukan penyelidikan latar belakang seseorang ulama atau kumpulannya terlebih dahulu.

    Tambah Wan Salim, seseorang yang berketurunan mulia juga tidak akan memberi sebarang manfaat kepada seseorang, jika dia merupakan seorang yang tidak taat kepada ajaran agama yang telah disampaikan Rasulullah SAW.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts