Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdakah Masih Ada Rasa Itu? Misha Omar Sajikan Buah Tangan Baru, Peminat...

    Adakah Masih Ada Rasa Itu? Misha Omar Sajikan Buah Tangan Baru, Peminat Berharap Kejayaan Seperti Lagu ‘Sampai Bila’ Dilakukan Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Misha OmarMisha Omar

    Hampir empat tahun tanpa sebarang single, penyanyi Misha Omar muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’

    Masihkah Ada Rasa Itu?

    Misha OmarMisha Omar

    ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ menyaksikan Misha kembali bekerjasama dengan komposer Sharon Paul yang pernah mencetus fenomena menerusi Sampai Bila, enam tahun lalu.

    Kesempurnaan sesebuah komposisi tidak semata-mata bergantung kepada kekuatan melodi dan lirik, malah penghayatan penyanyi turut memainkan peranan penting untuk membawa lagu tersebut terus ke depan.

    Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, peminat sedia maklum akan kekuatan dan kekurangan saya. Justeru, saya mencari sebuah karya yang dapat membantu dan pada masa sama, menyerlahkan lagi kekuatan serta kematangan saya.

    Sepanjang empat tahun itu, saya berusaha mencari di samping mengkaji keberagaman lagu pop yang dihasilkan penyanyi lain untuk disesuaikan selera peminat masa kini. Bertitik tolak dari situ terlahirnya Masihkah Ada Rasa Itu?.

    Sinonim dengan karya balada, Misha bersama Sharon dan dibantu Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal, berusaha menyuntik sedikit nuansa baharu dalam gaya penyampaiannya tanpa sesekali membelakangkan identiti yang sudah sebati dengan dirinya.

    Namun, Misha akui ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ tetap menuntut penghayatan emosi tersendiri, sekali gus memberinya cabaran baharu kerana perlu bijak mengimbangi permainan rasa ketika menyampaikan lagu tersebut.

    Saya dikenali ramai sebagai penyanyi balada yang sarat emosi. Tetapi, ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ pula menuntut saya menjadi sebaliknya apabila memerlukan saya untuk mengakali emosi tatkala menyampaikan lagu itu supaya tidak terlalu larut dalam perasaan.

    Lagu ini membawa pendengar terkenang perkara yang sudah berlalu, namun masih belum dilepaskan sepenuhnya. Saya bersyukur dengan bantuan Syafinaz, tuntutan lagu itu dapat saya sampaikan dengan baik.

    Akur ramai pasti mengharapkan kolaborasi terbaharunya bersama Sharon itu mengulangi pencapaian cemerlang yang dilakar ‘Sampai Bila’, Misha bagaimanapun enggan dirinya dibebani harapan besar itu.

    ALSO READ:  Terima DM Daripada Suami Orang, Sharifah Husna Bertindak Beri Ugutan Halus – ‘Nak Saya Hantar Pada Isteri Awak?’

    ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ bakal menjadi lagu tema drama bersiri Wanita Syurga lakonan Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Nazim Othman yang akan menghiasi slot Akasia di TV3, jam 7 malam dan platform penstriman, iQIYI jam 8 malam sepanjang Ramadan.

    ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts