Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Adakah Saya Pernah Menyebut Bahawa Saya Orang Susah? – Derrick Gan Menjawab...

    “Adakah Saya Pernah Menyebut Bahawa Saya Orang Susah? – Derrick Gan Menjawab Cemuhan Tagih Hadiah Motosikal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyokong Harimau Malaya, Derrick Gan menjawab cemuhan dilemparkan sesetengah pihak yang mempersoalkan hadiah motosikal yang diterima selepas kisahnya menonton skuad negara di Piala Asia, Qatar tular.

    Derrick memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya dengan gambar tangkap layar yang mempersoalkan sama ada dia adalah ‘orang susah’ sehingga mendapat banyak hadiah motosikal.

    “Adakah saya pernah menyebut bahawa saya orang susah? Adakah saya meminta jurukamera untuk mengambil visual saya? Adakah saya meminta motosikal yang telah diberikan kepada saya?

    “Siapa sangka bahawa saya akan menjadi tular? Katakan apa sahaja yang anda mahu, tetapi jangan kata perkara yang tidak keluar dari mulut saya. Perkara yang tidak keluar dari mulut saya adalah konspirasi.

    Sebelum ini, Derrick atau lebih dikenali sebagai ‘abang rambut perang’ mendapat perhatian selepas dia sanggup menjual motosikalnya untuk menonton semua aksi membabitkan skuad negara di Piala Asia.

    Derrick tular apabila video dia menangis ketika meraikan gol kedua Harimau Malaya dirakam siaran langsung dan turut mengundang sebak dalam kalangan penyokong negara.

    Dalam pada itu, dia juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menumpang ‘glamornya’ itu tetapi dengan syarat dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts