Pelakon dan pendakwah terkenal, Adam Corrie Lee baru-baru ini membuat perkongsian bahawa perjalanannya bergelar Cina Muslim bukanlah satu perkara yang mudah.
“Ada Juga Kata Masuk Islam Sebab Nak Kahwin Dengan…”
Menurut Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi hantaran di Instagram menceritakan bahawa segelintir Muslim mahu Mualaf berubah secara sepenuhnya dalam masa yang singkat.
“Tersilap sikit, tegur macam tiada ruang untuk diperbaiki. Ada juga kata masuk Islam sebab nak kahwin dengan wanita Melayu. Nak hak bumiputera, nak kahwin 4 dan sebagainya.”-kongsi Adam Corrie
Tambahnya lagi, pelakon yang bergelar mualaf sejak tahun 2007 ini, menceritakan dia juga dikecam dan ‘di-provoke’ oleh segelintir masyarakat yang bukan Islam dengan harapan mana-mana individu yang memeluk Islam akan putus asa dan murtad.
“Dikecam dan provok oleh segelintir masyarakat non Muslim dengan memburuk-burukkan Islam, dengan harapan reverted akan putus asa dan murtad.”-tulis Adam lagi
Biarpun berdepan pelbagai cabaran sepanjang bergelar mualaf, Adam Corrie menegaskan bahawa itu adalah jalan yang dipilih mereka hanya kerana Allah SWT dan tiada sebarang paksaan.
Sebelum ini, Adam pernah mendapat kecaman selepas berkongsi hantaran dirinya sedang bersarapan mi wantan bersama ayam BBQ. Hanya kerana ayam berkenaan berwarna merah, terdapat pihak yang melemparkan tuduhan bahawa dia makan daging babi.
Walaubagaimanapun, Adam Corrie memberikan penjelasan bahawa dia memahami soal halal dan haram sejak bergelar mualaf serta tidak pernah rasa rindu untuk memakan benda-benda yang haram dan ditegaskan dalam Islam.