Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdam Lee Cedera Di Bahagian Leher Ketika Latihan Aksi Lagak Ngeri –...

    Adam Lee Cedera Di Bahagian Leher Ketika Latihan Aksi Lagak Ngeri – ‘Saya Nak Keluar Dari Zon Selesa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Adam Lee, berkongsi mengenai kecederaan di bahagian leher yang dialaminya pada penghujung tahun lalu.

    Terpaksa lepaskan tawaran berlakon

    Ketika ditemui , Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, dia mengalami hentakan kuat di bahagian leher sewaktu berlatih melakukan satu adegan lagak ngeri.

    Ujar Adam, hentakan yang kuat itu kemudiannya menyebabkan kepalanya tidak boleh bergerak sehinggakan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

    Leher saya tidak patah atau retak, cuma saraf di bahagian itu ‘lari’ sedikit. Sebenarnya saya mahu keluar daripada zon selesa dengan melakukan aksi sendiri. Tidak sangka pula baru sesi latihan sudah cedera.

    Ketika itu memang saya rasa sangat sakit. Kepala saya tidak boleh bergerak dan tangan saya kebas.

    Seminggu saya ditahan di wad dan baru sahaja keluar pada satu Januari tempoh hari. Sedih sebab banyak tawaran saya terlepas.

    Adam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada konsert minggu kelima Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie pada Ahad.

    Rehat sebulan

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Budak Tebing’ dinasihatkan oleh untuk doktor untuk berehat dan bercuti selama sebulan selain mendapatkan semula kecergasan badan dengan melakukan senaman di gim.

    Sebelum ini, sudah sebulan saya tidak ke gim kerana mahu turunkan berat badan. Maklumlah sebelum ini badan saya agak besar.

    Tapi doktor nasihatkan saya untuk teruskan bersenam dan bina otot semula untuk tampung kesakitan.

    Terdahulu, Adam memuat naik gambaran imbasan X-ray yang memaparkan bahagian lehernya yang tercedera di Instagram (IG).

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts