Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdam Shahz Diintai Pengarah Aksi Selepas Pamer Kehebatan Bersilat Dalam Dang Anum...

    Adam Shahz Diintai Pengarah Aksi Selepas Pamer Kehebatan Bersilat Dalam Dang Anum (The Untold Story)

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    Adam ShahzAdam Shahz

    Pelakon memberitahu sejak diberi peluang bersilat dalam teater Dang Anum (The Untold Story), dia mula diintai penerbit dan pengarah bergenre aksi dan silat.

    Diintai pengarah aksi

    Adam ShahzAdam Shahz

    Bagaimanapun kata pemilik nama lengkap Nor Shah Azli Abdol Ghani, 43, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana menganggap dirinya masih baharu dalam seni mempertahankan diri itu.

    Tapi ada yang saya terpaksa tolak, tidak mahu mencacatkan karya orang lain dengan gerak sumbang silat saya.

    Ada juga tawaran untuk melakukan persembahan silat di pentas susulan persembahan saya dalam teater Dang Anum tahun lalu.

    Tambah Adam, walaupun belum bersedia menerima pelawaan berkaitan silat dalam filem, dia akui kini dalam proses pengajian silat gayong bersama pelakon filem Geran, Lekiu Qohar.

    Saya bukan seorang pesilat tapi setiap kali latihan, saya akan kongsi klip melakukan latihan bersilat di sosial media untuk melihat maklumbalas mereka yang pakar.

    Malah beberapa rakan artis yang handal bersilat seperti Fad Anuar, memuji gerak silat saya sebab nampak ‘authentic’, tidak sumbang.

    Adam yang memegang watak Tun Bija Ali dalam Dang Anum (The Untold Story) ini menegaskan, jika orang yang mengajar silat itu sumbang, maka langkahnya juga turut sumbang.

    Oleh itu, dia bersyukur kerana banyak ilmu gerak silat dipelajari dari rakan pelakon yang berpengalaman seperti Md. Husin melalui teater tersebut.

    Hasil koreografer silat dari beliau, nampak seakan saya seorang yang pandai bersilat.

    Lebih menarik

    Sementara itu, pengarah Dang Anum (The Untold Story), Amirul Haswendy Ashari, berharap teater kali ini dapat menarik minat lebih ramai penonton dari pelbagai latar belakang.

    Teater kali ini lebih menarik dari segi aksi silat, komedi, drama dan ‘tasmat’.

    Ini kerana ruang untuk bermain teater lebih besar, jadi segala unsur tarikan di dalam teater ini juga perlu besar dan mengkagumkan.

    Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) bakal mementaskan Teater Dang Anum (The Untold Story) pada hujung minggu ini bermula 27 sehingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.

    ALSO READ:  Adira Suhaimi Mematahkan Dakwaan Menyokong Madu Angkat Kaki ‘Meninggalkan’ Datuk Red

    Selain Adam Shahz, pelakon lain antaranya Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.

    Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts