Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdam Shahz Pernah Ditawar Harga Rendah Untuk Berlakon, Siap Tunjuk Bukti Pernah...

    Adam Shahz Pernah Ditawar Harga Rendah Untuk Berlakon, Siap Tunjuk Bukti Pernah Menang Anugerah – ‘Mereka Tak Kenal Siapa Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Adam Shahz memaklumkan pernah ditawar dengan bayaran rendah dan terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak berbaloi dengan pengalaman yang ada pada dirinya selepas 16 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

    Ditawar RM500 sehari


    Ketika ditemui , pemilik nama Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata, dia menolak tawaran sedemikian kerana menganggap tawaran rendah yang diberikan kepada pelakon berpengalaman sepertinya akan memberi kesan kepada industri seni.

    Kalau saya terima bayaran yang rendah seperti itu apa akan jadi pada nasib dan masa depan pelakon generasi baharu akan datang?

    Pihak produksi akan beritahu kepada pelakon generasi baharu, jika pelakon lama boleh terima tawaran serendah itu, takkan pelakon baru nak letak harga tinggi?

    Sebab itu, saya akan ‘berkeras’ dalam soal bayaran ini dan sanggup tiada ‘job’.

    Adam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas pementasa Teater Dang Anum (The Untold Story) yang diadakan di Auditorium  Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.

    Terpaksa ‘throwback’ anugerah dimenangi

    Tambah pemenang anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik itu lagi, dia juga terpaksa memuat naik semula gambarnya sewaktu memenangi anugerah tersebut di media sosial.

    Ini kerana, gambar tersebut sebagai ‘bukti’ kemampuannya dalam bidang lakonan kepada mana-mana pihak produksi di luar sana.

    Saya pernah ‘upload’ semula gambar ketika menang anugerah dulu sebab ada pihak yang bertanya soal ‘harga’ yang saya letakkan dalam bidang lakonan.

    Saya juga terkejut bila ada yang masuk dalam industri seni tapi tak kenal dengan pelakon yang bekerjasama dalam produksi. Buatlah ‘homework’ sikit.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun ini berpendapat perlunya penanda aras terhadap bayaran melibatkan pelakon di Malaysia.

    Saya pernah minta nasihat pelakon ‘senior’ membabitkan bayaran untuk projek telefilem, drama dan filem sebelum ini.

    Kalau pelakon yang pernah menang anugerah ada harga yang sudah ditetapkan dan begitu juga harga untuk watak hero.

    Saya pernah ikut ‘harga’ yang ditetapkan artis ‘senior’ itu tapi lama kelamaan ada pihak yang pertikaikan kenapa mereka perlu bayar saya lebih? Selalunya ia membabitkan pengurus produksi yang baru dan tidak kenal saya.

    ALSO READ:  Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Dilabel Artis Bermasalah – ‘Jangan Ambil Sebab Tak Meletup’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts