Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentADHD Bukan Penghalang Remaja 19 Tahun Datang Uji Bakat Calpis Soda One...

    ADHD Bukan Penghalang Remaja 19 Tahun Datang Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mahu membantu abang yang menghidap masalah autisme, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Azim Bin Tajuddin, sanggup datang dari Dungun, Terengganu bagi menjalani uji bakat program realiti nyanyian, Calpis Soda One In A Million (OIAM).

    Mahu cuba nasib

    Menurut Azim yang juga merupakan penghidap ADHD, dia mahu mencuba nasib dalam dunia seni berikutan kekurangan yang dimiliki olehnya.

    Saya tak pernah pergi mana-mana uji bakat sebelum ini. Dari segi persiapan pula, saya tak pernah pergi kelas vokal. Saya belajar menyanyi dan bermain gitar menerusi Youtube sahaja. Kalau tanya mengenai pengalaman pula, saya pernah menyertai beberapa pertandingan di sekolah seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik.

    Tambah remaja berusia 19 tahun ini lagi, dia mahu membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa ADHD bukan penghalang buat dirinya untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.

    Penguat semangat saya sepanjang menghidap ADHD ialah muzik. Melalui muzik dan petikan gitar, saya berasa tenang. Kalau diikutkan, orang yang ada ADHD, dia tak boleh nak ingat chord dan suka lupa lirik. Paling ketara, saya akan gementar depan juri.

    Tadi, Alhamdulillah, saya dapat atasi semua itu. Semasa menunggu, saya sempat berselawat. Lagi satu saya berani buka mata semasa menyanyi demi nak tunjuk keyakinan diri. Jadi saya buktikan ADHD bukan penghalang kerana ia bentuk ujian untuk saya. Orang macam saya ada kelebihan yang orang lain tak ada. Cuma kena pandai menggunakannya.

    Berbicara mengenai abangnya pula, Azim mengakui bahawa seseorang yang menghidap autisme sukar untuk dijaga. Oleh sebab itu, Azim memasang niat mahu menyertai program Calpis Soda One In A Million bagi mengumpul dana rawatan.

    Saya memang nak sangat bantu abang saya walaupun mak dan ayah saya bergaji cukup untuk makan sehari. Seperti yang semua tahu, Autisme ibi bukan macam orang yang biasa. Orang yang jaga pun perlu kekuatan mental dan fizikal.

    Sekadar info, selepas hampir 15 tahun, OIAM kini kembali untuk musim baharu dengan sesi uji bakat mencari bintang baru diadakan di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

    ALSO READ:  Sasqia Dahuri Nafi Babak Berkemban ‘Pelaris’ Filem Tafakur, Tiada Unsur Tarikan S*ksual

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts