Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdik Aisha Retno, RADi Meneruskan Perjalanan Muzikal Dengan Falling For You

    Adik Aisha Retno, RADi Meneruskan Perjalanan Muzikal Dengan Falling For You

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    RADi adalah seorang penyanyi, komposer, produser, dan penulis lagu dalam bahasa Inggeris. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi wanita terkenal, Aisha Retno.

    Lagu Bertaraf Antarabangsa

    melalui Sony Music Malaysia

    RADi terus menempah nama dengan menghasilkan karya dalam industri muzik. Lagunya bertaraf antarabangsa dan telah mendapat perhatian dari beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam, dan Taiwan.

    Pada tahun 2023, RADi bersama Sony Music Entertainment telah merilis beberapa single seperti Maybe?, Summer Night, Heaven, Summer Vibe, dan Like You.

    Pada tahun 2024, lagu Falling For You akan menceriakan hari-hari kedatangan RADi.

    Mengekalkan Unsur Yang Sama

    Lagu Falling For You turut mengekalkan tema kebahagian yang merupakan pengalaman peribadi penyanyi tersebut.

    Falling For You juga memberikan mesej tentang peralihan dari hubungan tidak pasti kepada hubungan istimewa yang telah diperakui.

    RADi menjelaskan bahawa lagu ini merupakan kelangsungan daripada lagu Maybe? yang membangkitkan emosi tanpa kepastian. Kini, RADi lebih yakin dengan status hubungan istimewa tersebut.

    Selain itu, RADi berkongsi tentang perjalanan dan cabaran dalam proses menghasilkan lagu ini dengan menambah elemen instrumen yang berkualiti untuk lagu Falling For You ini.

    Sentiasa Mendapat Sokongan

    melalui Instagram RADi

    Meskipun begitu, RADi sentiasa mendapat sokongan daripada Zain dan Kenny Macartney untuk memastikan peralihan dari konsep ke realiti berjalan lancar.

    Sementara Falling For You memeriahkan dunia seni ini, RADi berharap agar para pendengar dan peminat terus memberi sokongan dengan menjadikan lagu ini sebagai sumber kebahagiaan dalam hidup mereka.

    Falling For You boleh didapati untuk dimuat turun di iTunes dan diputar melalui semua platform utama seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music sekarang.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aisha Retno Mengaji Raih Pujian-“Sebab Tu Jangan Menilai Luaran, Dalaman Mereka Penuh RAHSIA”

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts