Pasangan pengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanah menjadi ‘trending’ di media sosial selepas Alif mengumumkan bahawa diriinya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
“Bini Kau Tengah Mengandung Anak Ketiga! Kau Berseronok Dengan Perempuan Lain!”
Terkini, menerusi hantaran di Instagram, seorang individu yang didakwa adik kepada Aisyah tampil mendedahkan sikap sebenar abang iparnya yang dayus kerana bertindak memukul Aisyah di saat isterinya itu sedang hamil cahaya mata ketiga.
“Wahai Alif! Kami sekeluarga (Aisyah) tahu dan tengok setiap tindakan yang kau dah buat dekat kakak aku! Dayus! Kata sayang bro? Bini kau tengah mengandung anak ketiga! Kau berseronok dengan perempuan lain hahaha bodoh!
Oh jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta. Hahaha puas ke pukul kakak aku? Phone berkecai aiyoo. Anak kau kata ‘baba jahat’ dah membuktikan dah. Sorry aib tak aib tapi kalau dah sampai kau angkat tangan dan kaki kau kat kakak aku, memang aku involved! Bengap tak sudah! Memalukan nama influencer yang membawa content agama. FYI aku tak bangga dari dulu ada abang ipar macam kau!.”-dedah individu
Abang Ipar Ada ‘Hubungan Terlarang’ Sejak Setahun Yang Lalu?
Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendedahkan bahawa abang iparnya itu telah mempunyai ‘hubungan terlarang’ bersama seorang wanita sejak setahun yang lalu.
“Kami sekeluarga terkejut hubungan terlarang kau sebenarnya satu tahun dah huhu. Tak gentleman do bro. Kawal la nafsu kau tu. Ingat dulu zaman turun naik kau dengan bini kau!”-tambah individu lagi
Apa komen anda?