Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdik Alisa Umairah Sedang Tenat, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia –...

    Adik Alisa Umairah Sedang Tenat, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia – ‘Mama Datang Tengok, Kuat Ya Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menyeru rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4.

    ‘Adik Alisa kuat’

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Elly yang lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom berkongsi dirinya dalam perjalanan ke Johor bagi melawat Alisa yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.

    Menurut Kak Lina, keadaan kesihatan adik Alisa makin lemah dan dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

    Susulan itu, Kak Lina memohon orang ramai untuk mendoakan agar adik Alisa diberikan kesembuhan.

    Alisa anak yang kuat, Malaysia doakan Alisa ya sayang.

    Mama (Kak Lina) datang tengok Alisa, kuat ya anak.

    Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.

    Difahamkan, adik Alisa telah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

    Kisah adik Alisa ini mula mendapat perhatian apabila bapanya iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya itu gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan daripada rawatan kimoterapi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts