Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memberitahu sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini hanya bersederhana bersama keluarganya.
Artikel berkaitan: ‘Saya Akan Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta’ – Uyaina Arshad
Artikel berkaitan: Kejutan Menjadi! Suami Uyaina Arshad Tak Tahu Jantina Anak Tapi Tekaan Tepat – ‘Sama Macam Mengandung Dulu’
Beraya bersama keluarga kecil
Menurut Uyaina, tahun ini merupakan giliran adik-beradiknya yang lain untuk beraya di rumah mentua masing-masing.
Baju raya, tudung raya dah settle. Nothing fancy sebab keluarga suami saya kecil sahaja. Tahun ini, adik-beradik saya semua beraya di rumah mentua.
Tinggal kami je, jadi sambutan raya tu minimal dan simple saja di KL.
Sementara itu, berkongsi tentang ibadah berpuasa semasa berbadan dua ini, Uyaina terpaksa memperlahankan aktiviti bekerja kerana mudah penat.
Saya dapat banyak DM ‘boleh ke puasa semasa hamil?’ especially saya dah lapan bulan. Pada saya kalau awak mampu dan larat, puasa. Jangan sampai memudaratkan diri dan baby.
Cuma dah masuk lapan bulan ni, saya dah kena kurangkan kerja sebab saya punya ketahanan badan agak lemah dan cepat penat.
Malah, dia juga terpaksa menolak tawaran bekerja di Indonesia kerana bimbang akan keadaannya di sana.
Saya pun bakal melahirkan cahaya mata kedua dalam hujung bulan Mei. Nasib baik juga saya tak pergi ke Indonesia sebab sepanjang bulan Ramadan akan berada di sana.
Saya fikir komitmen dan keadaan saya, risau kalau bersalin di sana. Sebenarnya saya masih larat tapi saya tak mahu ambil risiko.