Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdik Dakwa Marissa Tidak Mengetahui Kedudukan dalam Sesi 'Photoshoot', Tidak Berpuas Hati...

    Adik Dakwa Marissa Tidak Mengetahui Kedudukan dalam Sesi ‘Photoshoot’, Tidak Berpuas Hati Sebagai Bahan ‘Marketing’ untuk Jenama Pakaian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    misya marissamisya marissa

    Kakak ipar kepada Ahmad Aslam iaitu Nadiah Mazlan berang dengan tindakan sebuah jenama pakaian yang didakwa menggunakan kemelut rumah tangga adiknya, Misya Mazlan sebagai teknik pemasaran.

    Misya tak tahu ada Marissa

    misyamisya

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nadiah menegaskan Misya langsung tidak tahu yang anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim turut terlibat sama dalam sesi fotografi tersebut. Kata Nadiah, Misya cuma dimaklumkan sejurus tiba di lokasi penggambaran.

    Bukan itu saja, Nadiah mendakwa pihak jenama pakaian terbabit turut tidak membenarkan sebarang hantaran dimuat naik di media sosial yang melibatkan Misya dan Marissa.

    Untuk pengetahuan, Misya memang tidak tahu langsung waktu penggambaran tersebut perempuan (Marissa) ini ada juga untuk shooting produk yang sama.

    Bila sudah sampai ke tempat casting baru tahu dan pada masa itu juga telah diberitahu untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa).

    Tegas Nadiah, dia sebagai kakak perlu melindungi adiknya yang sudah teraniaya dengan pihak jenama terbabit yang ‘dahagakan’ bahan ‘marketing’.

    Saya komen ini sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai marketing kalian. Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain.

    Semata nak naikkan jenama produk?

    misya marissamisya marissa

    Dalam pada itu, Nadiah turut menggesa pihak jenama pakaian terbabit untuk bertaubat dan memohon maaf kepada Misya kerana telah melukakan hati yang sudah sememangnya sakit.

    Sebelum ini, viral di media sosial yang memaparkan rakaman video Marissa bersama Aslam dalam sebuah penggambaran koleksi baju raya. Pasangan itu sedondon menggayakan busana berwarna hitam selain tidak kekok bergandingan di depan kamera.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Tak Peduli Netizen Kecam’ – Erma Fatima Tidak Mahu Artis Tempatan Terus ‘Dilondehkan’ Sarah Yasmine

    Pada 7 Februari lalu, timbul dakwaan Marissan dan Aslam sudah bernikah di Songkhla, Thailand, iaitu ketika Misya sedang menunaikan ibadah umrah.

    Secara eksklusif kepada , kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.

    Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

    Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

    Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

    Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts