Malang tidak berbau buat seorang lelaki di Thailand apabila kemaluannya digigit ular ketika hendak membuang hajat di tandas.
‘Adik’ digigit ular
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia mempunyai satu tabiat akan mengepam air sebelum duduk di atas mangkuk tandas.
Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, dia kemudiannya merasakan gigitan yang teramat kuat di bahagian kemaluannya sejurus selepas duduk di mangkuk tandas tersebut.
Pukul ular berkali-kali
Lelaki tersebut kemudiannya cuba bangun dan menarik ular sawa itu keluar daripada mangkuk tandas tetapi cubaannya itu tidak berjaya.
Ketika itu, saya tidaklah merasa sakit sebaliknya hanya terkejut dengan situasi itu.
Saya cuba tarik ular itu tetapi tidak berjaya.
Oleh kerana terlalu berang dengan ular itu yang menggigit kemaluannya, lelaki tersebut mencapai berus tandas yang berhampiran dan memukul reptilia itu sehingga tidak bernyawa.
Saya berang, geram dan marah lantas saya memukulnya berkali-kali sehingga mati.
Selepas kejadian itu, lelaki tersebut meminta bantuan jiran bilik untuk membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Dia juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika berada di dalam tandas memandangkan sedang musim hujan yang berpanjangan.