Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz, Kes Khalwat Ditangguh Februari...

    Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz, Kes Khalwat Ditangguh Februari Depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies ditangguhkan kepada 20 dan 27 Februari hadapan.

    Penangguhan kes

    ruhainies aliff-3ruhainies aliff-3

    Penangguhan itu dibenarkan Hakim Syarie iaitu Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Difahamkan, tempoh jaminan kedua-dua tertuduh turut dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

    Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu adik kepada Ruhainies, Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan akan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts