Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami – ‘Jangan Risau Rumah Saya Ada...

    Adira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami – ‘Jangan Risau Rumah Saya Ada Ramai Orang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Didakwa bersekedudukan dengan bekas suami selepas bercerai pada bulan April lalu, penyanyi Adira Suhaimi tampil menafikan dakwaan tersebut.

    Tinggal dengan keluarga

    Menerusi temu bual bersama , Adira berkata, bekas suaminya iaitu Datuk Red akan datang ke rumah bagi melakukan sesi live untuk membantu jualan perniagaan yang diusahakan mereka. Tambah Adira, ada orang lain di dalam rumah selain mereka berdua.

    Status saya masih lagi ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah. Saya tinggal dengan keluarga. Kalau live bersama pun akan ada orang lain. Dalam rumah saya ada 16 orang semuanya.

    Jangan risau selamat.

    Saya faham orang akan bercakap tetapi niat saya hanya membantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang ke rumah jumpa anak-anak.

    Kena tengok live saya dari awal sampai akhir baru faham. Sebenarnya jarang live bersama saya rasa. Kalau boleh nak elak live bersama sebab tak nak mulut netizen buat spekulasi.

    Masih baik demi anak-anak

    Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk kembali bersama ataupun tidak, Adira secara ringkas menjawab dia meletakkan soal jodoh di tangan Allah dan tidak mahu memikirkan perkara tersebut.

    Tambah Adira, dia dan bekas suami masih meneruskan hubungan baik sehingga ke hari ini demi anak-anak mereka.

    Kami memilih untuk tetap teruskan hubungan yang baik sebab banyak perkara yang tak perlu saya ceritakan dan demi anak-anak.

    Jika ada jodoh maka adalah. Jika tiada pun tidak mengapa. Saya tak boleh komen sebab semua dah tertulis. Kita perlu menjalani sahaja kehidupan.

    Berbicara lebih lanjut, Adira mengakui bahawa kehidupannya lebih fokus kepada anak-anak berbanding perkara negatif yang timbul.

    Fokus saya sekarang untuk anak-anak. Status ibu tunggal memotivasikan diri saya. Saya hanya fikir anak, keluarga dan kerja. Saya tak akan bagi ruang negatif masuk dalam kehidupan. Emosi boleh terganggu kalau ada ruang negatif. Kita kenal diri kita.

    ALSO READ:  ‘Cukup Orang Ramai Tahu Saya & Puteri Zarith Berpisah Sebab Tiada Persefahaman’ – Dr Munzir Shkori

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts