Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi menjawab soalan netizen berhubung perancangan untuk mendapatkan zuriat.
Artikel berkaitan: Pempengaruh Adira Salahudi Luah Ingin Mati Rasa, Suami Tampil Minta Maaf – ‘Tak Ada Orang Boleh Ganti Tempat Awak’
Artikel berkaitan: Pempengaruh Minta Maaf Tersilap Muat Naik Foto ‘Free Hair’, ‘Caption’ Sedih Undang Tanda Tanya – ‘Semoga Mama Sempat Jumpa Awak’
Kami tak rancang
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Adira menjawab satu soalan daripada netizen berhubung perancangannya dan suami untuk mendapatkan cahaya mata. Menurut Adira, dia tidak pernah merancang soal anak. Ujar Adira, Allah sebaik perancang kerana dia bunting pelamin semasa bulan madu.
Saya bunting pelamin masa bulan madu tetapi saya tak tahu. Paling tak percaya macam mana boleh mengandung awal sangat. Mungkin waktu menikah tu saya tengah subur.
Alhamdulillah, Allah hadirkan Arsel secepatnya. Kemudian secara tak sengaja, saya mengandung Alva masa Arsel empat bulan. Sumpah tak kelakar. Memang trauma dan silap langkah.
Tapi setiap anak pembawa rezeki masing-masing. Mengandung dia paling senang sampai berpantang. Cuma beranak sakit.
Tambah Adira, selepas tiga tahun dia berasa rindu semula untuk mengandung. Oleh sebab itu, dia merancang untuk mendapatkan anak ketiga.
Berbicara lebih lanjut, Adira berkata, mereka tengah menghitung hari untuk menyambut cahaya mata ketiga.
Sekarang saya dah boleh fokus kerja dan ada pembantu. Jadi tengah menghitung hari anak ketiga keluar dengan selamat. Doakan Adira ya!