Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdira Suhaimi Bersyukur Doa Di Makkah Makbul – ‘Allah Lembutkan Hati Datuk...

    Adira Suhaimi Bersyukur Doa Di Makkah Makbul – ‘Allah Lembutkan Hati Datuk Red’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, Datuk Red akhirnya menemui titik noktah.

    Semua dah selesai

    Adira ketika ditemui selepas sah bercerai berkata doanya seakan dimakbulkan ketika dia mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.

    Alhamdulillah, semua dah selesai. Saya sangat bersyukur sebab akhirnya dah selesai. Saya banyak berdoa agar Allah lembutkan hati dia (Datuk Red).

    Sejujurnya saya memang banyak berdoa di Tanah Suci. Alhamdulillah saya sangat bersyukur doa makbul.

    Adira berkata demikian sejurus selesai perceraiannya dengan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu berkata dia akan mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami agar mudah untuk mereka berkomunikasi selepas ini.

    Tak semestinya nak bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan masing-masing. Macam mana pun anak-anak tetap kami akan besarkan bersama.

    Kami ambil langkah untuk tidak bergaduh supaya senang untuk berhubung selepas itu (cerai).

    Hari ini, Adira sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

    Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

    Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

    Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

    Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

    Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

    ALSO READ:  Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh, Isteri Alami Alahan Teruk Sedang Dirawat Di IJN

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts