Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdira Suhaimi Mematahkan Dakwaan Menyokong Madu Angkat Kaki ‘Meninggalkan’ Datuk Red

    Adira Suhaimi Mematahkan Dakwaan Menyokong Madu Angkat Kaki ‘Meninggalkan’ Datuk Red

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan madunya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red yang menfailkan perceraian terhadap suami mereka, Datuk Red.

    ‘No comment’

    Adira yang ditemui usai mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pagi tadi hanya membalas “no komen” dan menyerahkan segala proses kepada pihak mahkamah.

    Hari ini, hasil keputusan laporan JKP gagal menemui jalan penyelesaian dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan untuk melanjutkan kepada proses Hakam pada 24 April 2024.

    Sementara itu, ditanya adakah bakal menyambut Ramadan dan Syawal bersama suami, Adira berkata dia lebih utamakan anak-anak berbanding dirinya.

    Perkara ini rumit, sebab dia masih lagi berstatus suami saya. Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.

    Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian.

    Sebelum ini, peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

    Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

    Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] PETRONAS 50 Dreams Kembali Penuhi Impian Insan-Insan Berbeza Latar Belakang

    Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts