Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdira tetap berpegang pada keputusannya untuk bercerai, suami masih berharap untuk mendamaikan...

    Adira tetap berpegang pada keputusannya untuk bercerai, suami masih berharap untuk mendamaikan – ‘Mungkin ini jalan terbaik bagi saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Adira Suhaimi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, kira-kira jam 9:05 pagi untuk mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kes tuntutan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

    Nekad bercerai

    Adira yang hadir bersama peguam syarie Nor Saidah Zakaria berkata, dia nekad dengan keputusannnya untuk berpisah.

    Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat.

    Sementara itu, Datuk Red yang hadir selang beberapa minit kemudian berkata dia berharap rumah tangganya bersama Adira masih dapat dipertahankan.

    Menurut Datuk Red, segala usaha telah dilakukan dan pengorbanan yang dibuat selama ini adalah untuk empat orang cahaya matanya.

    Saya kahwin lapan tahun lepas bukan untuk bercerai. Orang lain boleh cakap apa mereka boleh cakap kerana mereka tidak lalui.

    Semua fikir pengorbanan yang saya buat bukan untuk saya, tetapi untuk anak-anak. Saya berkorban semua ini untuk mereka (anak-anak).

    Pujuk memujuk memang ada, tetapi perempuan kalau marah memang begitu. Saya dah habis berusaha memujuk. Mungkin ini bukan dugaan tetapi balasan atas apa yang pernah saya lakukan dahulu.

    Jika ditakdirkan begitu (cerai), saya terima sahaja. Tetapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang yang terbaik untuk keluarga.

    Hari ini merupakan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

    Datuk Red telah melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) manakala Adira selaku plaintif telah melantik kakaknya Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

    Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

    ALSO READ:  Elyana Tidak Mahu Berkongsi Perjalanan Kemoterapi, Titip Semangat Jaga Diri – ‘Tiada Lagi Sampai Bila-Bila’

    Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts