Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAdrianna Cinta Keluarkan Single Terbaru “Cinta Berlalu.” Yang Sarat Dengan Emosi Khas...

    Adrianna Cinta Keluarkan Single Terbaru “Cinta Berlalu.” Yang Sarat Dengan Emosi Khas Untuk Peminatnya Di TikTok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat, Adrianna Cinta, yang berusia 20 tahun, telah mencipta fenomena di platform TikTok dengan lagu-lagu sanduran ‘Galau’ yang merasuk jiwa.

    Merakamkan Satu Lagi Kejayaan

    via Rocketfull

    Kini merakamkan satu lagi kejayaan dengan pelancaran single terbarunya yang diberi judul ‘Cinta Berlalu.’, hasil tulisan lirik yang datang daripada air tanganya sendiri.

    Single terbaru ini dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Adrianna Cinta yang sentiasa menyokongnya dalam menghasilkan lagu-lagu yang meruntun jiwa.

    Dengan ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna telah menjalankan tugas bak penglipur lara yang berkongsi cerita dan luahan perasaan kepada pendengar menerusi bakat dianugerahkan dalam lagu ‘Cinta Berlalu.’.

    Mengisahkan Mengenai Perasaan

    Lagu ini mengisahkan kisah tentang perasaan yang mungkin dirasakan oleh banyak individu seperti perasaan perit dan pahit yang menghantui diri apabila terpaksa melepaskan seseorang yang dicintai, walaupun hubungan itu sudah berakhir.

    Selain itu, Adrianna menjelaskan bahawa lagu ‘Cinta Berlalu.’ ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti tajuknya juga terdapat tanda noktah ‘.’ yang menunjukkan bahawa cinta akan terus berlalu dan ia adalah keputusan yang tekad yang diambil apabila berakhirnya sebuah hubugan yang sejati itu.

    Masih Menuntut Ilmu

    via Rocketfull

    Sekadar makluman, Adrianna Cinta merupakan seorang pelajar dalam bidang perniagaan di salah satu institusi pendidikan Malaysia, telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya walaupun menghadapi cabaran dalam pembahagian masa belajar dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik.

    Lagu ‘Cinta Berlalu.’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts