Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAedy Ashraf Belajar ‘Martial Art’ Untuk Pertahan Diri, Kongsi Pengalaman Dibuli Rakan...

    Aedy Ashraf Belajar ‘Martial Art’ Untuk Pertahan Diri, Kongsi Pengalaman Dibuli Rakan Sekolah – ‘Hari-Hari Dia Minta Saya RM2’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon terkenal, Aedy Ashraf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli rakan sebaya sewaktu di zaman bangku sekolah.

    Kawan suka ‘pau’ duit

    Ketika ditemui , Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berpendapat bahawa sikapnya yang terlalu baik mungkin menjadi faktor dirinya menjadi ‘target’ pembuli di sekolah.

    Pada saya orang yang membuli ini, dia (individu) tak ada sebab pun cuma nak membuli suka-suka saja dan dapat rasa diaorang hebat.

    Kalau nak cakap pasal buli, saya juga pernah dibuli waktu di sekolah dulu dalam darjah lima atau darjah enam, macam itulah.

    Mungkin juga saya dibuli sebab waktu itu dah mula berlakon (popular) dan sebab saya budak baik kot.

    Tapi saya memang pernah dibuli dulu dan sudah pasti pengalaman dibuli adalah satu fasa yang tidak selesa sampaikan saya rasa nak keluar dari fasa itu.

    Aedy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya pada malam Rabu.

    Ketika ditanya situasi paling teruk pernah dihadapinya, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘War On Terror: KL Anarki’ ini memaklumkan dia perlu memberikan wang saku sebanyak RM2 setiap hari pada seorang rakannya.

    Alhamdulillah, fasa saya dibuli itu tidaklah teruk mana. Paling teruk saya pernah kena pun ialah ada seorang kawan saya ini suka minta saya RM2 setiap hari.

    Tapi masa itu, saya adalah duit sikit dan anggap itu sebagai cara nak belanja kawan-kawan.

    Satu hari saya tak bawa duit ke sekolah dan tiba-tiba kawan saya ini nak marah-marah saya. Daripada situlah berlakunya fasa saya dibuli sampai melibatkan fizikal.

    Dalam pada itu, Aedy berkata pengamalan dibuli itu membuatkan dirinya sedar akan kepentingan untuk mempelajari seni mempertahankan diri.

    Saya jadikan pengalaman dibuli itu sebagai satu cara untuk saya kekal positif dengan cara belajar mempertahankan diri.

    Belajar ‘martial art’ bukan untuk bergaduh tetapi supaya lebih berani berdepan dengan situasi yang kita sendiri tak tahu di masa akan datang.

    Sekurangnya, bila kita ada sedikit asas mempertahankan diri, kita tahu apa yang perlu dilakukan.

    Sekadar info, Aedy baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Kahar: Kapla High Council’ bersama beberapa pelakon baharu termasuklah Amir Ahnaf, Sky Iskandar dan ramai lagi.

    ALSO READ:  ‘Awak Merepek Apa Ni Mat, Bila Masa Ada Isu Bul* Dari Pelakon Senior?’ – Ahmad Idham

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts