Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAedy Ashraf Memilih Amelia Henderson Kerana Peribadi Baik, Bukan Kerana Kecantikan –...

    Aedy Ashraf Memilih Amelia Henderson Kerana Peribadi Baik, Bukan Kerana Kecantikan – ‘Saya Merasa Aman & Tenang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aedy AshrafAedy Ashraf

    Pelakon, Aedy Ashraf akui selesa berkawan rapat dengan aktres jelita Amelia Henderson.

    Peribadi Amelia

    Aedy AshrafAedy Ashraf

    Ketika ditemui , Aedy berkata dia tidak memandang kecantikan luaran Amelia, sebaliknya melihat peribadi yang ada pada aktres tersebut.

    Jelasnya, ketika bersama Amelia, dia berasa selamat dan tenang.

    Dia (Amelia) sentiasa buat saya rasa selamat dan tenang. Dari sudut cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat cantik. Tetapi kecantikan itu pada akhirnya akan berubah apabila sudah tua.

    Namun sifat baik yang ada pada seseorang itu akan kekal. Apa yang buat dia nampak kuat adalah personaliti dan peribadi yang baik ada pada Amelia.

    Semua orang harus fikir fasal perkara sama, kecantikan luar memang tidak akan kekal. Kecantikan dalaman yang penting.

    Aedy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri i.D yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

    Sementara itu, ketika disoal ada atau tidak pihak yang cuba mengganggu hubungan mereka, pemilik nama lengkap Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkata dia bersyukur hal tersebut tidak pernah berlaku.

    Buat masa ini tiada pihak yang cuba menganggu hubungan kami ini. Kerana kami berdua meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

    Bukan saya sahaja kepercayaan antara kekasih, tetapi kepercayaan sebagai sahabat.

    Dalam pada itu, ditanya adakah Aedy berasa rimas apabila sering disoal tentang Amelia, aktor tersebut menjawab tidak sama sekali.

    Saya tidak rimas pun apabila sering diajukan soalan tentang hubungan dengan Amelia. Cumanya jawapan saya sama sahaja setiap kali ditanyakan oleh media.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Suami Mengaku Tak Ada ‘Selera’ Nak Sentuh Sebab Isteri Kedua Terlalu Pemalu – ‘Aku Bosan, Patut Ke Aku Lepaskan Je Dia?’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts