Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAedy Ashraf Rangkul Trofi Pertama Selepas 24 Tahun Dalam Industri Seni –...

    Aedy Ashraf Rangkul Trofi Pertama Selepas 24 Tahun Dalam Industri Seni – ‘Saya Tak Letak Anugerah Sebagai Penanda Aras, Saya Suka & Ikhlas Berlakon’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.

    Anugerah pertama Aedy selepas 24 tahun

    Ketika ditemui , Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata ini merupakan anugerah pertama yang diterimanya selepas berjinak dalam industri seni tanah air sejak berusia enam tahun.

    Sebenarnya perasaan saya bercampur baur, saya tak pernah pegang anugerah selama 24 tahun dalam industri dan tiba-tiba dapat Aktor Filem Popular.

    Saya gembira dan bersyukur kerana ada peminat yang mengundi saya. Ini adalah rezeki dan saya bersyukur sangat-sangat.

    Aedy berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Jumaat.

    Tak jadikan anugerah sebagai penanda aras

    Sementara itu, pelakon filem War On Terror: KL ini berkata, dia tidak pernah meletakkan kemenangan anugerah adalah satu penanda aras baginya sebaliknya dia menceburi bidang seni adalah kerana minatnya dalam lakonan.

    Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan anugerah sebagai penanda aras sebab saya seronok bekerja, berlakon. Saya nak berlakon seikhlas yang mungkin dan berada dalam industri selama yang mungkin.

    Saya anggap ini adalah satu penganugerahan yang tidak ternilai buat saya.

    Dalam pada itu, Aedy akui barisan pelakon yang turut bertanding dalam kategori Aktor Filem Popular seperti Pekin Ibrahim, Bell Ngasri, Kamal Adli dan Syafiq Kyle adalah individu yang mempunyai nama besar dalam industri seni dan sangat hebat.

    Bagi saya Pekin adalah senior saya dan saya sukakan lakonan dia. Saya juga sangat respek dan menghormatinya.

    Tiba-tiba saya bertanding dengan dia dan menang, saya rasa sangat kecil. Rasanya diantara finalis yang lain, saya yang paling kecil, saya hanya mahu ucapkan tahniah pada dia.

    Selain kategori Aktor Filem Popular, Aedy turut tercalon bagi kategori Aktor TV Popular namun tewas kepada pelakon, Hun Haqeem.

    ALSO READ:  Lana Del Rey's Waffle House Shift in Alabama Captured: Photo Highlights

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts