Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAepul Roza Dedah Lutut Pernah ‘Terkeluar’ Ketika Silat Di Pentas The Hardest...

    Aepul Roza Dedah Lutut Pernah ‘Terkeluar’ Ketika Silat Di Pentas The Hardest Singing Show – ‘Dah 10 Minggu, Sakit Belakang Belum Hilang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Juara The Hardest Singing Show (THSS) musim pertama iaitu Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami kecederaan ketika sesi latihan program tersebut.

    Aepul ambil risiko

    Ketika ditemu bual di sidang media peringkat akhir The Hardest Singing Show yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada malam Ahad, Aepul atau nama lengkapnya Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, akui telah beberapa kali cedera sepanjang 10 minggu berada di program tersebut.

    Sebenarnya buku lali saya tengah sakit sekarang ni. Aksi saya dengan Putra di pentas final tadi tu saya ambil risiko. Kami berdua je buat benda (flip) tu, tanpa ada bantuan stunt.

    Setiap kali flip tu, ada impak pada kaki saya. Lagi pun sebelum ni memang ada main bola dan pernah cedera.

    Selain kaki, vokalis kumpulan Drama Band ini juga mendedahkan mengalami kesakitan pada bahagian belakang badan dan pinggangnya.

    Sakit belakang masih belum hilang dari minggu pertama. Lutut pernah terkeluar dan masuk balik. Masa saya buat persembahan Mantera Semerah Padi, saya ada buat aksi bersilat dan masa saya tendang tu lutut terkeluar.

    Apabila ditanya mengenai kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk persembahannya, Aepul memberitahu anggaran hampir RM60,000 telah dikeluarkan sepanjang 10 minggu berada di pentas THSS.

    Alhamdulillah balik modal, persembahan saya untuk lagu solo pusingan pertama itu sahaja memakan kos hampir RM30,000 dan keseluruhan dah habis sebanyak RM60,000.

    Alhamdulillah rezeki Allah beri sambil saya menyertai program ini banyak juga tawaran persembahan luar yang saya terima.

    Untuk info, Aepul bergelar juara THSS dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 bersama pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.

    ALSO READ:  Lazada Kembalikan Nostalgia ‘1 2 Jus’ – Rakyat Malaysia Perlu Bersaing Untuk Bawa Pulang Baucar RM120,000!

    Naib Juara disandang oleh Ayda Jebat, tempat ketiga Stacy yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

    Manakala tempat keempat dimenangi oleh Aisha Retno, tempat kelima Putera Muhammad dan Zizi Kirana berjaya menempatkan diri ke tempat terakhir.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts