Program The Hardest Singing Show yang mempertaruhkan kemantapan vokal serta ‘showmanship’ para peserta di atas pentas bagi merebut gelaran juara akhirnya melabuhkan tirainya, hari ini.
Penyanyi Aepul Roza dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000. Tahniah!
Persembahan yang luar biasa
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa setiap minggu dan pernah meraih tempat pertama sebanyak dua kali, Aepul sememangnya calon peserta yang layak menerima gelaran juara The Hardest Singing Show.
Menurut Aepul, dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanannya di dalam program ini.
Program yang bersiaran selama 10 minggu itu turut menyaksikan Ayda Jebat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Stacy dan keempat pula dimenangi oleh Aisha Retno. Stacy membawa pulang RM10,000 manakala, Aisha Retno membawa pulang RM5,000.
Vokalis kumpulan Madam iaitu Putera Muhammad mendapat tempat kelima dan pelantun suara ‘Eh’ Zizi Kirana mendapat tempat keenam. Kedua-dua mereka membawa pulang RM5,000.
Bagi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dimenangi oleh Stacy. Stacy berjaya membawa pulang RM10,000 tajaan Alha Alfa