Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAfif Tirmizie Dan Nikki Palikat Bergabung Menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta”

    Afif Tirmizie Dan Nikki Palikat Bergabung Menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan duet Malaysia yang sedang melancarkan lagu “Dugaan Takdir Cinta” iaitu penyanyi lelaki, Afif Tirmizie yang terdahulu merupakan anggota kumpulan popular seperti The Fabulous Cats dan Nukilan, terus menorehkan nama dalam industri muzik.

    Manakala penyanyi perempuan pula, Nikki Palikat, yang dikenali melalui penampilannya yang memukau dalam program termasuk All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada tahun lalu.

    Sebagai Lagu Tema Untuk Drama

    via Harian Metro

    Buat pertama kalinya Afif Tirmizie dan Nikki Palikat bergabung menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta” sebagai lagu tema untuk drama “Takdir Itu Milik Aku” yang dijangka memberi impak besar dalam drama tersebut.

    Bukan itu sahaja, ini juga merupakan gabungan pertama untuk Afif Tirmizie dan Nikki Palikat di dalam sebuah lagu yang merupakan pertanda permulaan yang bersejarah dalam perjalanan muzik mereka.

    Nikki mengungkapkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk berkolaborasi dalam projek yang bermakna ini.

    Barisan Belakang Tabir Yang Hebat

    Lagu “Dugaan Takdir Cinta” ini dilancarkan di bawah naungan terkemuka syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.

    Selain itu lagu  “Dugaan Takdir Cinta” menerima perhatian khusus dan sentuhan istimewa daripada komposer berbakat, Ejai Aziz dan Kelana.

    Penerbit lagu ini juga tidak kurang hebatnya iaitu Rudy Nastia. Manakala liriknya yang mendalam, diilhamkan oleh penulis novel terkenal, Siti Rosmizah, yang juga berperanan sebagai penulis skrip dan penerbit untuk “Takdir Itu Milik Aku.”

    Memiliki Makna Yang Tersendiri

    via Harian Metro

    Selain itu, menurut Nikki Palikat lagu “Dugaan Takdir Cinta” memiliki makna yang tersendiri “Bagi Nikki, lagu ni unik kerana ia berbeza dengan lagu-lagu yang berunsur cinta yang lain.

    Lirik lagu ni menunjukkan ada prasangka yang wujud di antara pasangan yang bercinta. Meskipun mereka ditakdirkan bersama, namun dugaan tetap melanda.”

    ALSO READ:  Tak Kisah Kahwin 2, 3, 4, Tetapi Perlu Betulkan Niat, Ashraf Muslim Beri Tips Jadi Suami Bertanggungjawab

    Lagu ‘Dugaan Takdir Cinta’’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts