Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Sah bergelar isteri
Ketika dihubungi , aktres, Riena Diana menyatakan rakan baiknya dinikahkan sekitar jam 4 petang di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.
Majlis mereka bertema warna putih dan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Dalam pada itu, Riena berkata majlis resepsi Afifah dan Hariz akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.
Sekadar info, Afifah selamat mengikat tali pertunangan dengan Hariz, pada Februari lalu.