Pelakon Afifah Nasir berkongsi detik pertemuan dengan suaminya, Syed Hariz semasa di majlis resepsi perkahwinannya pada Ahad.
Artikel berkaitan: Afifah Nasir Sah Jadi Isteri Syed Hariz Dengan Sekali Lafaz
Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk
Berjodoh dengan abang kawan baik
Menerusi perkongsian di TikTok Remaja, Afifah mengenali Hariz daripada rakan baiknya yang dikenali sebagai Alya yang kini merupakan adik iparnya.
Menurutnya, dia tidak menyangka abang kepada kawan baiknya merupakan jodoh yang dicari selama ini.
Saya tak pernah sangka saya akan berjumpa dengan jodoh saya. Bagi saya, jodoh saya rupanya dekat dan saya tak tahu dia ada dalam kehidupan saya sampai lah kami berjumpa di sebuah konsert, terima kasih kepada Alya.
Saya dah berkawan dengan Alya selama sepuluh tahun dan saya tahu dia mempunyai seorang abang tapi tak pernah terlintas untuk berkenalan sehinggalah kami berjumpa di konsert itu.
Kongsi Afifah lagi, pertemuan kali pertama di konsert itu menjadikan hubungan mereka semakin rapat.
Selepas itu kami terus dapat keserasian dan berteman rapat dan kemudian menjadi boyfriend dan girlfriend dan seterusnya saya berdiri di sebelah lelaki idaman saya.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lalu.