Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 31, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAfreena Masih Cinta Along Cham, Akur Digelar ‘Mak Lampir’ & Dituduh Seleweng...

    Afreena Masih Cinta Along Cham, Akur Digelar ‘Mak Lampir’ & Dituduh Seleweng Dana Hampir RM100k – ‘Siapa Tak Sayang Suami Kan?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    afreena alongafreena along

    Isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menyatakan dia masih menyayangi suaminya meskipun sudah banyak ‘teh ditumpahkan.’

    Siapa tak sayang suami?

    afreena mak lampirafreena mak lampir

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Afreena akur dengan tindakan Along yang mengeluarkan kenyataan kepada media termasuk dakwaan seleweng dana sumbangan yang mencecah hampir RM100,000.

    Kata Afreena, dia tetap dengan berpendirian untuk menyimpan aib Along kerana individu itu masih menjadi suaminya.

    Tak apa. Awak (Along) boleh mendedahkan apa sahaja kenyataan yang awak mahukan. Awak masih suami saya.

    Saya tidak akan memalukan awak, walau apa pun yang berlaku atau memfitnah awak. Siapa tak sayang suami kan?

    Apa dah jadi dengan ‘hubbylove’ yang saya kenal?

    afreenaafreena

    Dalam pada itu, Afreena yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan turut berterima kasih atas gelaran dan tuduhan yang dilemparkan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad.

    Mak lampir, scammer 100k? Curang? Block family? Apa lagi?

    Apa dah jadi dengan hubbylove yang saya kenal sebab awak tak macam ini. Terima kasih suami untuk semua ini.

    Pada Selasa, Along hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi proses memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena.

    Along mendakwa Afreena melanggar tiga perkara yang ditetapkan dalam perkahwinan sehingga mendorongnya memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik.

    Along, 42, turut mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.

    Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.

    ALSO READ:  Remaja Mengaku Rogol Rakan Bawah Umur Sebanyak 3 Kali Di Hotel


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts