Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAG Coco Mengaku Bahawa Sakit Buah Pinggang Menjejaskan Aktiviti Harian

    AG Coco Mengaku Bahawa Sakit Buah Pinggang Menjejaskan Aktiviti Harian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ag buah pinggangag buah pinggang

    Sekitar hujung tahun lalu, penerbit muzik dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco telah dirawat di hospital akibat masalah buah pinggang tahap ketiga.

    Jaga pemakanan

    Ketika ditemui AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz memaklumkan tentang keadaan terkini kesihatan dirinya. 

    Menurut AG, dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di tanah air meskipun kini menetap di United Kingdom.

    Kesihatan saya makin baik tetapi saya tetap pulang ke Malaysia untuk buat rawatan.

    Saya selalunya akan tengok jadual persembahan dan akan sekalikan dengan pemeriksaan kesihatan. Biasanya doktor akan beritahu terlebih dahulu bila tarikh pemeriksaan yang seterusnya.

    Imbas kembali ketika pertama kali mengetahui tentang masalah buah pinggang, AG berkata dia sama sekali tidak menyangka akan menghidap penyakit tersebut selain mengakui pemakanan merupakan salah satu faktor.

    Sebelum itu saya ada persembahan dan dimasukkan ke unit kecemasan disebabkan darah tinggi kemudian dapat kesan masalah buah pinggang saya.

    Saya memang tak tahu dan tak jaga pemakanan sebelum ini. Tapi sekarang ini yang paling penting saya kena jaga adalah pemakanan.

    Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana penyakit tersebut masih boleh dirawat dan tidak perlu menjalani dialisis.

    AG Coco berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Jiwa Kacau 2.0 yang berlangsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Dalam pada itu, komposer berusia 40 tahun ini mengakui sakit yang dialami sedikit sebanyak mengganggu kehidupannya.

    Agak menganggu dan jadi cepat penat. Tapi sejak ramai yang tahu tentangnya, mereka DM saya dan saya dapat banyak info mengenai penyakit ini.

    Dalam perkembagan lain, kumpulan Hujan bersama Bunkface, Kugiran Masdo, Insomniacks, Luqman Podolski serta band dari Indonesia, Nidji bakal mengadakan Showcase Jiwa Kacau 2.0 pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

    ALSO READ:  Ellie Suriaty Utamakan Keserasian – ‘Kalau Tak Ada ‘Rasa’ Dekat Dia, Macam Mana?’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts