Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAgoda: Malaysia Tersenarai Sekali Lagi Antara 5 Destinasi Dengan Carian Tertinggi Oleh...

    Agoda: Malaysia Tersenarai Sekali Lagi Antara 5 Destinasi Dengan Carian Tertinggi Oleh Pelancong China

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Platform pelancongan digital Agoda mengumumkan terdapat peningkatan sebanyak 137% berbanding dengan tahun lepas dalam jumlah carian penginapan antarabangsa dalam kalangan warga China untuk Minggu Emas (Golden Week) yang bakal menjelang.

    Berlangsung Awal Oktober

    Minggu Emas kedua China tahun ini bakal berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober.

    Data carian penginapan Agoda menunjukkan satu perubahan dalam pilihan pelancong China untuk Minggu Emas.

    Tahun ini, Malaysia berjaya meraih tempat dalam senarai lima destinasi dengan carian tertinggi oleh pelancong China, beserta Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

    Tahun ini, Minggu Emas bakal diadakan dari 1 hingga 7 Oktober. Ia merupakan tempoh perjalanan utama bagi rakyat Cina yang ingin memanfaatkan percutianpanjang selama seminggu.

    Minggu Emas disambut dua kali setahun di China, sekitar Tahun Baharu Cina dan Hari Kebangsaan China.

    Peningkatan dalam carian untuk perjalanan antarabangsa pada Minggu Emas China menunjukkan peningkatan dalam warga China untuk menerokai destinasi antarabangsa.

    Daya Tarikan Malaysia

    via South China Morning Post

    Di samping itu, daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong China semakin meningkat telah terbukti sepanjang percutian ini.

    Dengan kelebihan rangkaian hotel Asia yang unik, Agoda komited untuk membantu pelancong China untuk menikmati percutian ke seluruh Asia dengan harga yang lebih murah dan tawaran bernilai hebat.

    Agoda terus membantu para pelancong dengan menawarkan lebih 4.5 juta tempat penginapan percutian di seluruh dunia, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang kesemuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama dengan mudah.

    Untuk maklumat lanjut tentang pilihan perjalanan semasa Minggu Emas China, sila layari agoda.com atau muat turun aplikasi Agoda.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts