Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAgoda Mengumumkan Senarai Destinasi Baharu Yang Membentuk Landskap Pelancongan Malaysia

    Agoda Mengumumkan Senarai Destinasi Baharu Yang Membentuk Landskap Pelancongan Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agoda, platform pelancongan digital, mengumumkan senarai “Horizon Baharu Malaysia 2024” yang menampilkan lima buah destinasi yang telah menarik perhatian para pelancong sejak beberapa tahun belakangan ini.

    Senarai ini, yang dihasilkan daripada perbandingan data carian, menyerlahkan destinasi dalam negara yang menyaksikan peningkatan yang ketara dalam minat daripada pelancong dalam dan luar negara.

    Pulau Pangkor Mendahului Senarai

    via Cruise Mapper

    Mendahului senarai tersebut adalah destinasi tepi pantai, Pulau Pangkor yang menyaksikan peningkatan 45% dalam trafik carian.

    Terletak di Perak, kira-kira 70 km dari kawasan tumpuan pelancong Ipoh, Pulau Pangkor menawarkan pantai yang bersih dan pelbagai jenis penginapan yang bersesuaian dengan bajet rendah atau mewah.

    Tempat peranginan ini telah menjadi tarikan bagi mereka yang inginkan destinasi yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi.

    Mengekori dengan rapat, Kuala Terengganu menyaksikan peningkatan 40% dalam jumlah carian.

    Kuala Terengganu yang merupakan pintu masuk ke pulau-pulau terbaik di Pantai Timur dan hab kebudayaan menjadi tarikan kepada mereka yang inginkan destinasi percutian tropika yang santai.

    Warisan budaya yang kaya di bandar ini serta tawaran masakan yang pelbagai dan pasaran yang meriah melengkapi peranannya sebagai titik permulaan untuk meneroka keindahan kawasan pulau berhampiran yang menakjubkan.

    Kuantan Dan Miri Turut Menunjukkan Peningkatan

    via BH Online

    Berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan peningkatan carian sebanyak 33% ialah Kuantan dan Miri.

    Para pelancong tertarik kepada Kuantan kerana pesonanya yang santai dan peluang untuk meneroka keajaiban tempat-tempat yang kurang dikenali di Pantai Timur Malaysia.

    Miri sebaliknya memikat hati pengunjung dengan tawaran unik, seperti rizab alam semula jadi yang tidak disentuh, hutan hujan yang menghijau, dan Gua Niah yang menakjubkan.

    ALSO READ:  Kerjasama DJ Fuzz, Fimie Don Dan Ayunie Rizal Berjaya Hasilkan Kisah Indah Penghantaran Abang Ninja

    Keindahan semula jadi dan ekosistem yang berbeza-beza di Miri menjadikannya sebuah destinasi yang ideal untuk penggemar alam semula jadi yang inginkan pengalaman yang lebih imersif dan mengagumkan.

    Melengkapkan senarai 5 destinasi teratas dengan peningkatan jumlah carian sebanyak 31% adalah Alor Setar, ibu kota Kedah yang mempunyai sejarah kaya yang dapat dilihat melalui mercu tanda seperti Menara Alor Setar dan Masjid Zahir yang tersergam indah.

    Selain daripada keindahan budayanya, Alor Setar juga terkenal dengan pasar-pasar yang meriah seperti Pekan Rabu yang memberikan peluang kepada para pelancong untuk menyaksikan gaya hidup penduduk tempatan dan juga mencuba pelbagai makanan tradisional.

    Ini menjadikannya sebagai destinasi pilihan kepada mereka yang ingin menikmati budaya tempatan dan juga ketenangan.

    Platform Agoda menyediakan kemudahan merancang dan menempah percutian di Malaysia yang komprehensif dengan menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan untuk percutian bersama tempahan tiket penerbangan dan juga pelbagai aktiviti percutian.

    Destinasi-destinasi yang semakin meningkat naik ini membolehkan para pelancong menikmati sisi baharu Malaysia dan mengembara dunia dengan harga yang lebih murah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts