Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAgoda Menyenaraikan 5 Destinasi Alam Semula Jadi Paling Popular di Asia

    Agoda Menyenaraikan 5 Destinasi Alam Semula Jadi Paling Popular di Asia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sempena pelancaran Eco Deals 2024, platform pelancongan digital Agoda telah menyenaraikan beberapa destinasi alam semula jadi yang paling digemari di Asia, berdasarkan data carian yang dibuat pada Januari 2024.

    Ooty, India

    via Agoda

    Ooty, yang juga dikenali sebagai ‘Queen of Hill Stations’ atau Ratu Stesen Bukit, terletak di Bukit Nilgiri.

    Tempat ini merupakan sebahagian daripada Rizab Biosfera Nilgiri. Ia adalah kawasan hutan terlindung terbesar di India dan mempunyai sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan tasik dan tamannya.

    Ooty merupakan destinasi idaman para pencinta alam yang gemarkan aktiviti berperahu, safari dan mendaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi India.

    Lombok, Indonesia

    via Agoda

    Gunung Rinjani- Lombok, Geopark Global UNESCO di Indonesia menampilkan landskap yang pelbagai, termasuk savana dan hutan tropika yang dibentuk oleh batu gunung berapi.

    Tersergam megah pada ketinggian 3,726 meter, Gunung Rinjani menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari puncaknya.

    Danau Anak Segara yang terbentuk di dalam kaldera Rinjani menyediakan keindahan yang tenang dan menarik ramai penganut Hindu untuk melakukan upacara pujaan mereka di sana.

    Hakone, Jepun

    via Agoda

    Hakone merupakan sebuah destinasi pelancongan utama Jepun yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta warisan sejarah yang kaya.

    Dikelilingi oleh kawasan pergunungan, tempat ini terkenal dengan keindahan bermusim, mata air panas dan tarikan kebudayaan seperti Tasik Ashi dan Kuil Hakone.

    Akses mudah ke Gunung Fuji, pilihan tempat makan yang beraneka jenis, dan cenderahati unik menambahkan lagi daya tarikannya untuk pengunjung dari seluruh dunia.

    Miri, Malaysia

    via Agoda

    Miri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu yang disenaraikan oleh UNESCO.

    Taman Negara tersebut adalah sebuah kawasan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, dan mempunyai gua yang luas termasuk Sarawak Chamber, ruang gua terbesar di dunia mengikut keluasannya.

    ALSO READ:  Aliff Aziz dan Ruhainies Dibebaskan Dengan Jaminan

    Di sini, para pelawat boleh menerokai pembentukan kars, mendaki Gunung Api untuk melihat pemandangan yang menakjubkan di puncaknya, dan menyaksikan penghijrahan kelawar di Gua Rusa, melalui denai hutan yang mencabar dan juga menaiki bot.

    Siquijor Island, Filipina

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts