Walaupun sudah menjadi laluan yang sering dilalui, sambungan antara Thailand dan Malaysia telah bertambah baik baru-baru ini dengan penambahan laluan penerbangan dan sambungan bas.
Memudahkan Pelancong Thai Ke Malaysia
Ini adalah berikutan pengumuman daripada Menteri Pengangkutan Malaysia yang membenarkan bas pelancongan dengan pendaftaran Thailand memasuki Malaysia selepas membuat permohonan.
Ini memudahkan ketibaan pelancong Thai ke Malaysia dengan menaiki bas.
Data carian penginapan Agoda untuk bulan Mei menunjukkan Kuala Lumpur mendahului destinasi-destinasi Malaysia yang lain dengan jumlah carian tertinggi oleh pelancong Thai.
Pulau Pinang dan Johor Bahru juga mendapat jumlah carian yang tinggi, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi pelancongan di Malaysia.
Destinasi Popular Bagi Negara Thailand
Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, Malaysia sememangnya merupakan destinasi popular bagi negara jiran, Thailand sejak turun-temurun lagi.
Dengan penambahan pilihan pengangkutan, mereka berharap agar lebih ramai pelancong Thai akan bercuti di Malaysia untuk menikmati pelbagai tarikan yang unik, makanan yang lazat, bersertakan kemesraan Malaysia.
Pelancong Thai boleh menerokai pelbagai destinasi Malaysia yang menarik, merangkumi tarikan di bandar raya Kuala Lumpur yang meriah sehinggalah ke Pulau Langkawi yang indah.
Dengan adanya tawaran bernilai hebat untuk tempat-tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, Agoda sentiasa bersedia untuk membantu para pelancong Thai dan Malaysia untuk bercuti dengan mudah dan lancar.