Lima ahli bomba mencuri tumpuan pada siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Plaza Angsana Johor Bahru apabila mereka hadir secara kebetulan ketika melakukan urusan di lokasi tersebut. Penyampai Suria FM, Cik Piah, Rara dan Khai mengundang mereka ke atas pentas selepas mengetahui mereka merupakan pendengar setia Suria FM.
View this post on Instagram
Wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Rafiee A Karim, menyatakan penghargaan terhadap Suria FM yang membantu menyampaikan maklumat penting seperti persediaan banjir dan kesedaran mengenai bomba. Mereka juga merupakan peminat segmen Suria Cinta dan DJ Lin.
“Kami kebetulan ada urusan di sini dimaklumkan ada jelajah Suria FM, kami jenguk memandangkan kami semua memang pendengar stesen ini.
“Terima kasih juga kepada Suria banyak bantu salurkan maklumat mengenai bomba terutama mengenai hal penting seperti persediaan banjir dan kesedaran masyarakat mengenai pasukan beruniform,” kata wakil bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Rafiee A Karim.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid, terharu dengan sokongan masyarakat dari pelbagai lapisan, termasuk pihak beruniform dan pemandu e-hailing. Setiap siri jelajah Suria FM mendapat sambutan baik daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
DJ Lin dan penyampai Suria lain turut gembira melihat kehadiran lebih 6,000 pendengar, termasuk mereka yang datang dari Brunei dan Singapura untuk menyertai acara di JB. Pertandingan KiraOke Suria juga menerima penyertaan dari jauh seperti Kelantan dan Terengganu.
Jelajah Suria Kuasa 2 akan diteruskan di Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 September ini, menampilkan artis popular seperti Aisha Retno, Baby Shima, dan Ruffedge. Pengarah Yaya Empire, Nadia Mat Isa, gembira dengan sambutan terhadap produk wangian yang terus mendapat jualan lima angka.