Penerbit Datuk A Aida menyarankan kerajaan agar mempraktikkan semula tindakan menyenaraihitam (blacklist) selebriti-selebriti bermasalah yang memalukan dan memburukkan industri seni.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Ruhainies Minta Maaf Pun, Saya Tak Terima Dia Berlakon Lagi’ – A.Aida Beri Tiga Kontrak Drama Kepada Bella Astillah
Artikel berkaitan: A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi Pengajaran Buat Artis Terpalit Kontroversi
Beri pengajaran kepada selebriti bermasalah
Memetik laporan Harian Metro, A Aida percaya langkah tersebut akan membuatkan selebriti bermasalah berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu tindakan yang boleh memakan diri.
Menurutnya, golongan artis dan selebriti perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai dan bukan sebaliknya.
Saya minta syarikat produksi untuk menyenarai hitam artis yang bermasalah seperti ditangkap khalwat atau terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Golongan artis ini seharusnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat kerana mereka dipandang tinggi dan menjadi idola buat peminat. Jadi takkan artis yang bermasalah ini kita nak terus sokong.
Saya masih ingat lagi sewaktu awal pembabitan saya dalam dunia seni ada beberapa artis yang disenarai hitam atau digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama bertahun-tahun dan tidak dibenarkan keluar TV.
Jadi saya minta pihak kerajaan mempraktikkan semula langkah ini supaya selebriti tempatan berhati-hati dan tidak buat perkara di luar batasan. Langkah ini juga akan membuatkan mereka berfikir panjang dan tidak buat perkara sesuka hati.
Bagi saya 99 peratus orang dalam industri seni semuanya adalah baik, tapi hanya ada satu peratus saja yang bermasalah dan menjejaskan nama baik industri seni… Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi wajarlah individu yang bermasalah ini diberi hukuman yang setimpal.
Senarai hitam nama Ruhainies
Disebabkan itu, syarikat produksi A Aida bertindak menyenarai hitam nama pelakon Ruhainies daripada terlibat dengan drama terbitannya yang bakal menjalani penggambaran pada April ini.
Ketika saya mengetahui Ruhainies ada menjalin hubungan dengan Aliff Aziz di lokasi penggambaran dan dicekup berkhalwat, saya terus ‘blacklist’ namanya daripada terbabit dengan drama terbitan syarikat saya yang sepatutnya menjalani penggambaran April ini.
Bagi saya, individu seperti ini layak diberi pengajaran dan tidak sepatutnya diberi ruang untuk terus berada dalam industri seni. Saya enggan virus seperti ini terus berleluasa.
Rezeki buat Bella
Keputusan menyenarai hitam Ruhainies membuka pintu rezeki buat isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah untuk berlakon dalam dalam drama terbitannya.
Saya tak sanggup melihat wanita seperti dia terus dianiaya, apatah lagi ditipu hidup-hidup oleh rakan baik sendiri.
Jadi saya terus hubunginya dan tawarkan dia untuk terbabit dalam tiga drama yang bakal saya terbitkan dalam program saluran Salam HD.
Saya harap pertolongan ini dapat memberi sedikit kelegaan untuk Bella meneruskan kehidupan selepas ini. Dia mempunyai tanggungjawab yang berat, jadi sama-samalah kita membantunya.
Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada Sabtu lalu.
Pada Isnin, Bella telah menfailkan permohonan daripada suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu. Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan.