Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAidil & Abe Yed Tampil Dalam Episod JUICE Detuned

    Aidil & Abe Yed Tampil Dalam Episod JUICE Detuned

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Buat penggemar muzik indie tanah air, platform muzik dan budaya JUICE tampil dengan episod terbaharu siri popular mereka, Detuned.

    Dua figura terkemuka

    Episod penuh kejutan ini menampilkan pertemuan semula dua lagenda iaitu Aidil daripada ‘Couple’ dan Abe Yed daripada ‘No Good’ yang pastinya bakal membuatkan penonton teruja.

    Dua figura terkemuka indie Malaysia ini bersatu untuk sesi perbincangan eksklusif dan mendalam yang menjanjikan nostalgia serta penuh dengan pengajaran.

    Menerusi episod ini, Aidil dan Abe Yed mengupas perjalanan muzik mereka, dari permulaan mereka bergelumang dalam industri muzik sehinggalah pengalaman yang membentuk mereka menjadi seorang karyawan muzik yang disegani seperti sekarang.

    Lebih menarik, episod Detuned kali ini bukan sekadar mengimbau kenangan lama malah ia merupakan khazanah berharga buat peminat tegar muzik dan bakal pemuzik.

    Ia menyingkap lebih daripada sekadar permukaan, menawarkan gambaran tentang proses kreatif kedua-dua legenda ini.

    Lebih daripada muzik

    Tidak hanya tertumpu kepada muzik, Aidil dan Abe Yed turut berkongsi pandangan mereka tentang lanskap muzik hardcore iaitu genre yang memberi impak mendalam terhadap karya mereka.

    Mereka membincangkan tentang evolusi genre ini sekali gus menawarkan perspektif menarik tentang sejarah, keadaan semasa, dan masa depan genre tersebut.

    Penonton juga bakal terpesona dengan kisah peribadi dan anekdot mereka selain memperoleh apresiasi lebih mendalam terhadap insan di sebalik muzik dan jalinan persahabatan yang menjadi penggerak perjalanan seni mereka.

    Dalam pada itu, episod Detuned ini bukan sekadar sesi temu bual biasa tetapi perayaan muzik indie dan impak yang dihasilkan oleh dua artis ini terhadap industri muzik.

    Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan episod pertama yang menampilkan Mark Prendergast daripada Kodaline.

    ALSO READ:  Mila Jirin Teringat Arwah Nenek Giling Inai, Suruh Semua Cucu Pakai Malam Raya

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,250FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts