Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba sahaja tular berita di media sosial mengenai seorang aktor yang dikatakan telah meninggal dunia.
Tidak berdiam diri, pelakon, Aiman Hakim Ridza tampil memberikan kenyataan di media sosial selepas tular berita palsu mengenai dirinya itu.
Disangka Meninggal Dunia
Aiman menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik tangkap layar berita palsu yang memberikan salam takziah di atas kematiannya di media sosial. Tulis, Aiman dia mahu mengambil iktibar dari sudut yang positif dan menitip rasa syukur dengan dirinya yang masih hidup.
“Ada orang DM pasal benda ni, Kita ambil iktibar dari sudut positif, Firs of all, Alhamdulillah aku hidup lagi.”-jelas Aiman di Instagram
“Akan Ada Orang Yang Nak Ambil Kesempatan…”
Tambahnya lagi, dia turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak terlalu menghabiskan masa dengan media sosial kerana akan ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan demi mengejar keuntungan.
“Kedua, media sosial ni macam ni tau, lagi banyak korang habiskan masa dekat media sosial, lagi banyak la orang lain interest untung.
Sama la jugak dekat mana-mana pun. Akan ada orang yang nak ambil kesempatan. Lagi lama korang layan media sosial, lagi banyak benda merapu akan keluar.
Kesimpulan di sini adalah kurangkan lah main social media. Borak-borak la dengan orang terdekat.”-titip Aiman
Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua selepas berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Disember lalu.