Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAiman Hakim Ridza & Yusry Sesat 32 Jam Dalam Hutan, Tak Jumpa...

    Aiman Hakim Ridza & Yusry Sesat 32 Jam Dalam Hutan, Tak Jumpa Jalan Keluar?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Apa akan berlaku jika tersesat di hutan bersama bapa mentua yang tiada keserasian selama 32 jam? Terbaharu di Tonton, filem 32 Jam menggandingkan pelakon berbakat besar, Aiman Hakim Ridza dan nama besar dalam industri tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim yang memegang watak utama. Filem Tonton Original ini menemui penonton pada 17 Julai 2024, eksklusif hanya di Tonton! 

    Filem 32 jam

    Filem 32 Jam, sebuah karya mengenai hubungan kekeluargaan yang mencabar, penuh emosi dan ketegangan mengisahkan tentang Aniq (lakonan Aiman Hakim Ridza) seorang suami yang penyayang yang berkahwin dengan anak perempuan tunggal Dr. Nazir (Datuk Yusry Abdul Halim) iaitu Aishah (Sharifah Husna).

    Mereka berdua tinggal di rumah Dr. Nazir walaupun sudah lama berkahwin dan merancang untuk berpindah sebaik sahaja mereka membeli rumah sendiri. Namun, Aishah sering menangguh untuk berpindah dengan pelbagai alasan. Aniq akur walaupun tidak setuju.

    Hubungan Aniq dan Dr. Nazir agak rumit. Aniq kurang selesa dengan sikap bapa mertuanya yang terlalu memanjakan Aishah dan kerana itu Aishah selalu mengutamakan bapanya berbanding Aniq. Aniq dan Dr. Nazir hanya ada satu persamaan yang mereka miliki iaitu meminati sukan berbasikal.

    Pada hari jadi Dr. Nazir yang ke-50, Aishah telah menghadiahkan sebuah basikal baharu dan Dr. Nazir sangat teruja lalu mengajak Aniq menguji basikalnya itu. Aniq melihat ini sebagai peluang untuk memberitahu Dr. Nazir tentang hasratnya untuk berpindah keluar bersama Aishah. 

    Pada hari kejadian, Dr. Nazir telah tertinggal telefon bimbitnya d irumah. Ini membuatkan isterinya bimbang jika ada berlaku perkara yang tidak diingini. Kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila suami dan menantunya tidak pulang ke rumah. Aniq dan Dr. Nazir telah tersesat!

    ALSO READ:  [VIDEO] Watie Hanifiah Hanya Bergurau Dengan Uwais, Enggan Panjangkan Isu Samakan Dengan Orang Asli

    Pelbagai kejadian berlaku ketika mereka berada di hutan selama 32 jam. Adakah Aniq panik dan masih janggal dengan bapa mertuanya? Mampukah Dr. Nazir yang menghidapi tumor otak dan bergantung kepada ubat bertahan sambil mencari jalan pulang? Adakah mereka akan selamat menemui jalan pulang? 

    Tonton Original: 32 Jam ini diterbitkan oleh Razor Edge Productions yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan hasil nukilan Eenaz Mokhtar. Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Datuk Yusry Abdul Halim, Sharifah Husna, Marisa Yasmin dan ramai lagi. 

    Menurut Datuk Yusry Abdul Halim, Filem 32 Jam membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosi yang mendalam.

    Dalam tempoh 32 jam yang penuh dengan ketegangan, kami ingin menunjukkan bagaimana watak-watak yang kami bawakan berkembang dan terpaksa mengatasi perbezaan sebagai anak dan bapa mentua yang akhirnya sama-sama berusaha mencari jalan keluar dari hutan.

    Pengalaman penggambaran filem ini juga mencabar, dengan lokasi penggambaran di kawasan hutan yang terpencil, cuaca yang tidak menentu, dan keperluan untuk menjiwai watak dalam situasi yang tertekan. Namun, semua cabaran ini menambah kepada tarikan filem ini. Saya berharap penonton akan terhibur dan terinspirasi oleh filem 32 Jam kami.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts